23
Tue, May
26 Artikel Baru

Perkembangan kesihatan Datuk Seri Tuan Guru

Tanah Air
Typography

Makluman Media -  Rabu 17 Mei 2017

ALHAMDULILLAH kesihatan Tuan Guru semakin bertambah baik setelah berlalu 24 jam pertama tempoh kritikal selepas pembedahan dijalankan.

Antara perkara pertama yang disebut oleh Tuan Guru kepada saya malam tadi setelah mula bersuara ialah supaya menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau. Pagi ini Tuan Guru juga nampak keceriaannya dan sudah mula menjamah makanan lembut.

Pihak keluarga dan kepimpinan PAS juga mengajak ahli dan penyokong di berbagai peringkat untuk terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar proses pemulihan kesihatan Tuan Guru berjalan lancar dan terbaik.

Sebagaimana yang disebutkan dalam kenyataan media IJN semalam, lawatan pada peringkat ini hanyalah terhad untuk keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS