DI AMBANG Perang Teluk, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput sebagai tetamu kehormat ke Saudi. Beliau dan delegasinya diberi layanan yang cukup istimewa, kemudian disua tawaran bantuan oleh Kerajaan Saudi.
 
Beliau tidak melayan dorongan lobi politik tersebut, sebaliknya mengajukan soalan yang serius kepada pihak Saudi.
 
Mengapa biarkan Israel?
 
Tuan Guru mengajukan soalan, mengapa negara-negara Arab seperti Saudi membiarkan Israel menjarah bumi umat Islam, Palestin? Sedangkan negara-negara Arab umat Islam boleh mengepung Israel?
 
Wakil Saudi menjawab:
 
"Jika kami menyerang Israel, dibimbangi negara-negara Arab seperti kami tidak cukup kuat melawan mereka. Yang lebih membimbangkan, dari kekalahan tersebut memberi ruang kepada Israel untuk meluaskan sempadannya melampaui negara-negara Arab. Maka kami fikir, adalah lebih baik kami tidak ganggu Israel agar Israel tidak mengganggu kami. Itu lebih selamat untuk semua."
 
Iktibar dari kekalahan Nazi
 
Lantas Tuan Guru menjawab berdasarkan pengajaran sejarah:
 
"Sepatutnya kamu buat pakatan kukuh sesama negara Arab untuk menangani Israel secara serius. Apakah kamu tidak membaca sejarah? Nazi Jerman yang cukup canggih dan kuat persenjataannya, akhirnya kalah kerana kegopohan serangan kilat (blitzkreig) mereka. Mereka ghairah menyerang negara-negara keliling. Sememangnya ketika pusingan awal, Nazi berjaya menguasai Perancis, kemudian menceroboh sebahagian Soviet. Ketika itu Hitler menyambut kemenangan menawan Eropah. Namun setelah berdepan dengan Tentera Berikat, Nazi yang kuat itu kalah kerana tidak berdaya menanggung momentum serangan di segenap penjuru. Akhirnya Nazi kalah akibat keghairahan mereka sendiri meluaskan kuasa tanpa mengira momentum musuh mereka. Sepatutnya kamu negara-negara Arab buat Israel macam sejarah hancurnya Nazi Jerman."
 
Wakil Saudi terdiam dan hanya menjawab:
 
"Oh, kami bukan ahli politik."
 
Sejarah ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Abdul Hadi kepada kami. Riwayatnya semakin memahamkan kami bahawa betapa pentingnya ilmu sejarah demi mendepani realiti.
 
Umat yang berdikari
 
Benarlah janji Nabi, bahawa yang benar-benar serius menentang Yahudi Zionis adalah Muslim berjiwa hamba Allah. Bukan hamba kepada Barat dan penganut-penganut Islamphobia.
 
Apabila Nabi ditanya, siapakah dan di manakah golongan yang cekal mempertahankan kebenaran, tanpa mengira sebesar mana pun risiko yang dihadapi? Lantas Nabi menjawab:
 
بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ , وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
"Mereka berada di Baitul Maqdis dan keliling Baitul Maqdis"
(HR Ahmad)
 
Jika kita melihat gelagat negara-negara Arab, mereka konsisten mengecewakan umat. Mereka bukan sekadar tidak serius mendepani Israel, bahkan dilihat memberi ruang kepada negara haram tersebut agar terus selesa berkuasa. Yang lebih malang, isu Palestin dijadikan wayang oleh negara-negara dan para pemain politik yang memperdaya umat demi kepentingan politik masing-masing.
 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
18 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 19/12/2017

"Al-QUDS, kami akan datang dengan jutaan syuhada. Al-Quds adalah ibukota Palestin. Kami tidak mengiktiraf Israel...tidak mengiktiraf pengisytiharan Trumps...biar kepala kami terpisah daripada jasad, Al-Quds adalah segala-galanya," jerkah Sheikh Ismail Haniyeh dengan kobaran api semangat perlawanan.

haniyehGaza menggema dengan laungan takbir, sahut menyahut lautan manusia ratusan ribu yang menyambut ulang tahun ke-30 pergerakan HAMAS. Sheikh Ismail Haniyeh memanaskan podium ceramah dengan penuh semangat dan respons bergemuruh daripada khalayak yang hadir. Himpunan ini sangat bersejarah kerana kurang daripada seminggu, Ismail Haniyeh mengumumkan intifada ketiga umat Islam Palestin terhadap penjajah Israel. Gaza diserang oleh tentera zionis dengan tembakan jauh yang juga telah membunuh beberapa orang dan mencederakan ratusan yang lain. Manakala umat Islam di seluruh dunia telah bangkit menyuarakan bantahan kepada Trump dan Zionis dalam isu al Quds, kecuali umat Islam yang ditindas suara rejim negara Teluk.

Kelmarin dahulu, OIC dalam sidang pertemuan di Istanbul atas inisiatif Erdogan telah mengisytiharkan al Quds adalah tetap ibu negara bagi Palestin. Bendera Palestin berkibar di seluruh dunia, kebencian kepada Amerika sedang membuncah, dukungan serta doa pada HAMAS di seluruh peta dunia Islam maka tidak pelik sambutan 30 tahun HAMAS sangat signifikan dan memancing pesona masyarakat antarabangsa. Saudi dan sekutunya sejak Jun yang lepas telah mengenakan tekanan dan pengucilan kepada Qatar yang melindungi pemimpin HAMAS serta Ikhwanul Muslimin. Apa yang dilakukan Saudi tidak sedikit pun mengurangkan rasa kasih masyarakat Islam antarabangsa kepada pergerakan paling utama menentang rejim zionis ini.

Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan menentang penjajahan Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakat al-Muqawwamat al-Islamiyyah.

ahmedyasinPertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Citra perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1. Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2. HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3. Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4. Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5. HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6. Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7. HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasser Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3,500 rakyat Palestin terbunuh dan 1,000 penduduk Israel terkorban.

Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADHAH.

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang merangsang fenomena ini.

Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar molotov cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan Negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.

Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan rejim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin. Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.

HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman rejim zionis serta mendapat dukungan kuat ummah.
Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 30 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948. - HARAKAHDAILY 16/12/2017

Penulis merupakan AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI.

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Israel merupakan sebahagian projek Israel Raya yang direncanakan Zionis sejak dari Perjanjian Balfour, demikian menurut Presiden Parti Sa'adat Turki, Dr Temel Karamollaoğlu.
 
Beliau menyatakan perkara itu kepada delegasi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan beberapa NGO Islam Malaysia lain dalam pertemuan di Ibu Pejabat Parti Sa'adat, Ankara, Turki, kelmarin.
 
Akuinya, beliau tidak terkejut dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu yang jelas menjadi satu provokasi kepada umat Islam serta menjadi sebahagian usaha mereka meluaskan gerakan Islamofobia di seluruh dunia.
 
Sehubungan itu gesa Dr Temel, seluruh umat dan negara Islam perlu bersatu menangani keadaan tersebut yang merupakan pencabulan berterusan terhadap hak rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya.
 
Menyentuh mengenai usaha antarabangsa dalam membantu konflik di negara-negara umat Islam termasuk Syria, beliau menegaskan pendirian pihaknya untuk sentiasa mendahulukan perdamaian dan penyelesaian secara aman tanpa pertumpahan darah.
 
Maklumnya, semasa di awal konflik lagi beliau menyarankan kepada semua pihak di Syria termasuk yang menentang kerajaan supaya tidak menggunakan kekerasan kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.
 
Namun kesalinya, perkara itu tidak diendahkan di mana akhirnya berlaku konflik yang kini berlarutan lebih 6 tahun dan mengorbankan lebih 200,000 nyawa rakyat, selain jutaan lagi menjadi pelarian di dalam dan luar Syria.
 
Pun begitu terangnya, situasi semasa menyaksikan dari inisiatif pelbagai perundingan diadakan antara Syria, Iran, Rusia dan Turki telah berjaya menghentikan serangan besar-besaran diadakan banyak pihak sebelum ini.
 
Beliau merakamkan penghargaan atas usaha kemanusiaan NGO Malaysia dalam membantu rakyat Syria selain turut mengakui peranan aktif dilaksanakan terhadap usaha aktif pembelaan terhadap Arakan dan umat Islam Rohingya.
 
Dr Temel pada pertemuan itu juga mengimbas nostalgia hubungan akrab istimewa antara Sa'adat bersama PAS sejak zaman Almarhum Dr Najmuddin Erbakan yang ditegaskannya perlu dikekal dan dilangsungkan.
 
Menurutnya, hubungan itu bukan sahaja antara dua parti tersebut, tetapi telah meluas melibatkan negara iaitu antara Turki dan Malaysia di mana semasa kepimpinan Najmuddin telah menggagaskan G8.
 
Beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan lagi kelangsungannya dengan melibatkan negara umat Islam antaranya lain juga disertai Iran, Bangladesh, Nigeria, Indonesia, Brunei dan lain-lain.
 
Delegasi tersebut turut berkesempatan bertemu dengan Presiden Cansuyu, Mustafa Koylu iaitu NGO besar di Turki yang aktif dalam gerakannya serta bernaung di bawah Parti Sa'adat. - HARAKAHDAILY 14/12/2017

RAMAI juga kalangan pengkaji dan pemerhati politik antarabangsa menyatakan isu al-Quds adalah semata-mata pergelutan politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama. Justeru mereka menempelak golongan yang menyeru kepada kebangkitan menentang pengisytiharan Trump sebagai mempergunakan sentimen agama, atau mengaitkan agama sebagai punca krisis.

Kalangan realist melihat isu ini boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan politik, dengan mengenepikan faktor agama. Rundingan, ketetapan undang-undang dan juga tekanan politik antara kaedah yang ditawarkan dalam menyelesaikan isu ini.

Tanpa menafikan kepentingan strategi politik dalam menangani isu ini, tetapi isu Palestin sama sekali tidak boleh dikeluarkan daripada kerangka agama. Rebutan berpanjangan terhadap al-Quds bukan semata-mata kedudukam geopolitiknya yang strategik, tetapi kerana kepercayaan 3 agama terbesar dunia terhadap tanah suci ini.

ZIONIS DAN AL-QUDS

Sejarah menunjukkan, kumpulan yang berperang bagi mendapatkan al-Quds hampir semuanya digerakkan atas nama agama. Umar al-Khattab sebagai pemimpin umat Muhammad pertama membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman Roman Byzantine atas nama agama Islam. Kemudian dirampas oleh tentera salib dipimpin oleh gereja katolik yang menguasai pemerintahan Eropah zaman kegelapan dahulu, juga atas semangat agama. Terbaru, penaklukan Yahudi terhadap al-Quds dan penubuhan negara Israel adalah kerana ideologi agama Yahudi. Nama Israel dan Zionis sendiri adalah merujuk kepada kepercayaan agama Yahudi.

Penaklukan al-Quds telah dirancang lama oleh Yahudi melalui gerakan rahsia Freemason. Walaupun kalangan realist tidak mempercayai Freemason kerana tiada dokumen rasmi atau kenyataan terbuka pemimpin mereka mendedahkan mengenai pertubuhan ini, tetapi sumber-sumber risikan dan pengakuan bekas ahli yang terlibat sukar menafikan kewujudan gerakan ini. Mengikut maklumat yang paling logik, konspirasi jahat yahudi syaitan ini sudah bergerak sejak zaman Nabi Sulaiman lagi walaupun tidak atas nama Freemason.

Sehingga mereka berjaya berperanan di posisi penting di dunia seperti bidang ekonomi, hiburan dan sosial, barulah mereka berani menubuhkan front politik yang diberi nama sebagai zionis. Tahun 1897, Zionis mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland dan mencapai beberapa resolusi yang dinamakan sebagai Protokol Zionis. Pemimpin pertama zionis, Theodor Herzl mendedahkan isi protokol adalah bagi mendapatkan sebuah negara politik bagi Yahudi ke arah menjadi pemerintah dunia.

EVANGELIS DAN AL-QUDS

Satu lagi golongan yang meletakkan isu agama sebagai faktor rebutan al-Quds adalah evangelis daripada penganut kristian. Evangelisme merupakan satu fahaman di dalam agama Kristian yang mempercayai kewajipan menubuhkan negara kristian bagi persediaan menyambut Jesus Christ yang bakal turun ke bumi kelak. Gerakan ini adalah gerakan yang radikal. Ada yang beranggapan penguasaan gereja ke atas empayar Rom dan juga kempen Perang Salib digerakkan oleh evangelis.

Evangelis moden hari ini berjaya melobi sehingga sebuah negara yang dinamakan Amerika berjaya didirikan. Evangelis merupakan golongan elitis di Amerika, dan banyak mempengaruhi politikus. Evangelis tanpa segan silu mengakui pengisytiharan Trump adalah hasil tekanan mereka yang berada di dalam parti Republikan. Trump sebelum ini menjadikan pengiktirafan Jurusalem sebagai salah satu manifesto beliau dalam kempen pilihan raya Presiden bagi melobi evangelis.

Mengikut kepercayaan evangelis, Bible menyatakan Jurusalem adalah hak mutlak kaum Yahudi. Kepercayaan ini adalah sama dengan pegangan zionis melalui The Old Testament. Justeru mereka turut berjuang bagi memberikan hak kepada golongan Yahudi.

ISLAM DAN AL-QUDS

Di dalam Islam pula, al-Quds merupakan tanah suci ketiga umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah isyarat jelas tentang kedudukan Masjidil Aqsa kepada umat Muhammad, ditambah dengan ayat al-Quran dan Hadis-hadis tentang kedudukan, kelebihan dan berita akhir zaman mengenainya.

Cukup kita bawakan satu ayat al-Quran dan satu hadis yang menjelaskan ketinggian kedudukan al-Aqsa di dalam Islam. Adapun ayat al-Quran firman Allah:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al-Isra':1]

Adapun hadis, sabda Rasulullah SAW:

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم ، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك"، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: "ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Akan sentiasa wujud dari kalangan umatku berjuang atas nama agama. Mereka tegas terhadap musuh, dan tidak akan sekali-kali tergugat dengan pihak yang meninggalkan mereka, sehingga datangnya urusan Allah.
Sahabat bertanya siapakah mereka? Jawab baginda: "Mereka adalah penduduk Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis."
[HR Ahmad]

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga hadis baginda menjelaskan bahawa al-Quds adalah milik umat Islam yang mengesakan Allah. Bukan milik mana-mana bangsa khusus. Sesiapa yang berpegang kepada agama Islam, merekalah yang paling layak mentadbir al-Quds.

Palestin dibuka pertama kalinya oleh Nabi Ibrahim AS, atas perintah Allah supaya berhijrah meninggalkan kerajaan Babylon yang diperintah oleh Namrud bin Kan'an. Anak baginda bernama Ismail diperintahkan bermastautin di Mekah, melahirkan bangsa arab dan Nabi akhir zaman Muhammad SAW. Seorang lagi anaknya, Ishak terus menetap di Palestin dan dikurniakan anak bernama Yaakub. Yaakub digelar sebagai Israel, dikurniakan 12 orang anak yang membentuk jalur keturunan Bani (anak) Israel.

Al-Quran merekodkan juga, al-Quds dibuka oleh Talut dengan mengalahkan Jalut atas perintah Allah SWT. Talut melantik Nabi Daud sebagai raja. Anak Nabi Daud, Nabi Sulaiman mendirikan kerajaan dunia dengan al-Quds menjadi pusat pemerintahan dan tapak istana baginda. Kesemua mereka adalah Islam dan patuh kepada Allah.

Al-Quran juga merekodkan, al-Quds sekali lagi diperintahkan untuk dibuka kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Malangnya Bani Israel mengingkari perintah tersebut menyebabkan mereka dihukum sesat di padang pasir selama 40 tahun. Selepas generasi yang ingkar dimatikan, barulah Nabi Yusha' berjaya menjalankan perintah Allah memimpin Bani Israel membuka al-Quds.

Nabi akhir zaman Muhammad SAW mengisyaratkan kepada para sahabat untuk bersolat di Masjidil Aqsa dengan kelebihan-kelebihan yang diterangkan. Waktu itu, Masjidil Aqsa d bawah taklukan Roman Byzantine. Lalu umat Islam berusaha membebaskan kota untuk menunaikan saranan solat tersebut. Akhirnya ia berjaya dibuka pada zaman Saidina Umar al-Khattab, kira-kira 6 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Menurut kaedah Usul Fiqh, "الأمر بالشيء أمر بلوازمه" bermakna perintah terhadap sesuatu meliputi perintah terhadap semua yang berkait dengannya.

ZIONIS + EVANGELIS =/= ISLAM

Kesilapan Yahudi dan Kristian adalah mereka mempercayai kitab-kitab yang sudah diseleweng. Old Testament/Hebrew Bible atau dikenali di dalam Islam dengan nama Taurat dan juga Bible/New Testament ataupun Injil yang asal mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Malangnya mereka menolak atas alasan Muhammad bukan Nabi keturunan Bani Israel, sehingga sanggup menyelewengkan kitab suci Taurat dan Injil.

Hari ini muncul beratus versi Taurat dan Injil berbeza. Setiap mazhab dan aliran mereka memiliki kitab versi tersendiri. Berbeza dengan Islam, sumber rujukan utama semua mazhab adalah Al-Quran yang sama.

Atas kepercayaan masing-masing, ketiga-tiga agama ini berebut bagi mendapatkan al-Quds. Ia bukan sekadar persaingan politik semata-mata. Jurusalem/al-Quds telah menjadi rebutan zaman berzaman, dan ia akan kekal menjadi rebutan sehingga hari kiamat. Bagi membolehkan umat Islam berkuasa semula di al-Quds, kesedaran dan kebangkitan atas nama agama perlu menjadi keutamaan.

Dalam perkembangan terkini, kristian (evangelis) dan yahudi (zionis) nampaknya bergabung dalam berhadapan dengan Islam. Faktor kedudukannya yang strategik dari segi geo-ekonomi dan geo-politik, menyebabkan politikus boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dari tiga agama ini dalam mencapai matlamat masing-masing.

Apa yang memalukan, evangelis dan zionis menggunakan platform politik bagi menjayakan matlamat agama mereka. Pemimpin muslim pula menggunakan platform agama bagi menjayakan matlamat politik dalam isu al-Quds.

POLITIKUS MUSLIM

Masing-masing mahu menjadi juara dalam isu al-Quds supaya mampu memikat sokongan majoriti muslim di negara masing-masing. Tetapi hakikatnya, mereka tidak serius dan hanya bermain-main dengan retorik. Di belakang tabir, Israel dan Amerika menjadi sekutu mereka yang kritikal dalam survival politik dan ekonomi global.

Ramai yang mempertahankan retorik pemimpin-pemimpin politik muslim negara masing-masing dalam mempertahankan al-Quds sebagai kebijakan berpolitik mereka agar tidak dilanyak oleh kuasa besar. Gadafi di Libya, Mursi di Mesir, Saddam di Iraq dan 'Erbakan' di Turki antara contoh pemimpin 'bodoh' politik yang mereka dakwa tidak pandai bersilat di pentas geo-politik.

Tetapi hakikatnya hanya mereka yang terlibat secara langsung dan yang mengenali secara dekat sahaja mengetahui sikap sebenar pemimpin-pemimpin yang ada hari ini terhadap isu-isu Islam. Mereka sebenarnya oportunis, dasar mereka pragmatis yang melihat agama sebagai leverage untuk mileage politik.

Sebagai umat yang peka, kita perlu berhati-hati dengan semua pihak, baik musuh Islam mahupun yang mendakwa pembela Islam. Tidak salah menyokong retorik mereka, tetapi janganlah sokongan itu menyebabkan diri menjadi taksub sehingga menolak pendekatan berbeza. Juga usah meletakkan harapan mutlak kepada mereka, bimbang dieksploitasi dengan mudah kelak. Mereka yang pragtamis, akan membelakangkan Islam jika ia merugikan politik!

POLITIK ISLAM

Namun ini tidak bererti kita harus menolak politik dalam menyelesaikan masalah ini. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Apabila umat Islam meninggalkan politik, maka mereka telah terjerat ke dalam perangkap musuh Islam yang memang mahukan politik ini bebas dari unsur agama. Mereka bebas berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya. Matlamat mereka menjadikan al-Quds ibunegara Israel semakin mudah dari sudut undang-undang.

Cuma politik yang dimaksudkan bukan seperti budaya politik konvensional hari ini. Politik Machiavelli, politik sekular atau politik populisme. Politik kita mesti politik Islam. Politik berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Politik bermatlamatkan penegakan Islam.

Menerima demokrasi sebagai pendekatan politik semasa terbaik yang ada. Tetapi tidak tenggelam dalam arus demokrasi sehingga menjadi populis dan pragmatis. Jangan menggadaikan prinsip hanya kerana sokongan. Jangan memperalatkan sokongan demi kepentingan tertentu.

Kesimpulannya, isu al-Quds adalah isu agama. Tetapi untuk menyelesaikannya, politik perlu dijadikan alat.

Alang Ibn Shukrimun
23 Rabiul Awwal 1439 / 11 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 11/12/2017

PETA luka umat Islam seperti tiada pancingan pesona buat warga dunia, darah yang tumpah seperti darah kerbau yang tiada nilainya. Bertempiklah sehingga bergegar dunia, bagi yang tak peduli mereka tetap tak kisah. Gaza yang merintih, Al-Quds yang dijajah, Rohingya yang disembelih, Bosnia yang rawan atau Kashmir yang disergap kesakitan. Peta luka umat Islam memerlukan kepedulian ummat, tidak cukup kita mengeluh dan berpeluk tubuh di hadapan kaca TV.

Kemuncak musim sejuk dengan suhu di bawah paras minus sangat mendera para pengungsi yang tidak pasti bilakah kubangan darah di tanah air mereka akan berhujung. Kemuncak musim sejuk dengan salju putih memenuhi kawasan pengungsian seolah-olah berada di Kutub Utara, timbunan salju sehingga beberapa kaki ini juga mengheret duka pelarian.

Pelarian Syria yang berada di sempadan Turki agak bernasib baik kerana keprihatinan kerajaan pimpinan Erdogan yang menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelarian. NGO antarabangsa seperti IHH juga menfokuskan dengan baik untuk bantuan pelarian Syria seperti mewujudkan sekolah-sekolah untuk anak pelarian. Rejim Bashar pernah melepaskan air empangan ke Antakia kerana berang dengan sikap kerajaan Turki yang dilihat seolah-olah campur tangan dalam soal pengungsi dari Syria.

Penulis berpeluang belasan kali mengikuti misi bantuan Muslim Care ke sempadan Turki dan juga Jordan yang merupakan jiran Syria. Kali ini rombongan Muslim Care membawa bantuan musim sejuk seperti makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa peperangan yang menghuni dalam khemah dan juga bantuan untuk sekolah Muslim Care.

Rombongan misi bantuan musim sejuk pelarian Syria kali ini agak menarik kerana penglibatan kumpulan nasyid nombor wahid tanah air, UNIC. Tiga anak muda berhati emas yang bukan sekadar popular di media sosial, kaca TV dan corong radio. Mereka telah mengutip dana sumbangan untuk diberikan kepada pelarian Syria yang mengungsi di sempadan Syria Turki iaitu di Rayhanli. UNIC dan Presiden Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan telah singgah di Jordan untuk mengadakan persembahan khas untuk dana bantuan musim sejuk. Konsert khas yang diselang seli dengan tazkirah di Irbid Jordan telah memancing kehadiran ramai anak-anak Malaysia yang bermukim ilmu di tanah Urdun. Pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang bidang pengajian bukan sahaja merespons dengan baik persembahan UNIC tetapi turut menyumbangkan derma untuk mangsa peperangan yang telah masuk tahun keenam itu.

Misi Muslim Care terus bergegas ke Istanbul, usai berprogram di Jordan, rombongan bersama anak-anak seni ini menggalas harapan besar. Impian Fakhrul, Bazli, Najdi ialah ingin menghadirkan senyuman kepada anak-anak pelarian yang menjadi mangsa kepada peperangan. Kami tiba di Hatay, disambut hangat oleh teman-teman NGO tempatan yang diketuai oleh Muhamad Khatib. Beliau bertanggungjawab menguruskan lapan buah sekolah tajaan Muslim Care untuk anak-anak Syria. Tiga di sempadan Syria Turki manakala lima buah di dalam negara Syria yang sedang diselimuti api peperangan.

UNIC mengadakan persembahan khas untuk anak-anak pelarian Syria di dua buah sekolah Muslim Care dengan sambutan luar biasa. Menurut Muhammad Khatib, inilah satu rekod baru yang dicapai kerana semua warga sekolah bergembira. Ada kalangan tenaga pengajar muslimah ialah kalangan isteri syuhada, begitu juga ramai kalangan pelajar ialah anak-anak yatim. Fakhrul UNIC menggunakan kepakarannya dalam bidang tajwid dan taranum mengajar dalam keadaan santai, anak-anak ini tidak segan untuk sama-sama bernasyid dan berkomunikasi dua hala dengan penasyid yang boleh berbahasa Arab ini.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan anak-anak pelarian, maka UNIC bercadang untuk bertandang lagi pada penghujung bulan Januari 2018. Seorang hartawan di Rayhanli begitu teruja dengan cadangan mengadakan persembahan khas yang menggabungkan banyak lagi sekolah dan masyarakat awam di Rayhanli. Rombongan Muslim Care juga melawat dan memberikan bantuan di khemah pelarian sempadan Syria, di mana keadaan mereka sangat melarat dengan musim sejuk di bawah suhu 8 darjah celcius. Rayhanli sahaja diduduki oleh lebih 200,000 pelarian, kehadiran mereka kini telah melebihi penduduk tempatan. Kerajaan Turki telah membuka banyak peluang kehidupan kepada pelarian Syria sama ada peluang kerja atau pendidikan. Penulis juga menjadi saksi mata dalam tempoh enam tahun ini bagaimana bangunan-bangunan kediaman baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Pihak keselamatan Turki juga mengawal ketat pintu sempadan Turki-Syria ekoran ianya menjadi laluan pihak IS, kami diperiksa dengan teliti semenjak ketibaan di Lapangan Terbang Hatay. Pihak keselamatan berpuas hati apabila diberitahu oleh Saudara Hamzah (pengiring kami) bahawa anggota Muslim Care melawat sekolah mereka di Rayhanli. Sekolah Muslim Care mendapat pengiktirafan UNICEF dan juga Kerajaan Turki sendiri.

Muslim Care yang kini mempunyai lapan buah sekolah pelarian Syria akan terus memberikan komitmen berterusan untuk membantu saudara akidah terutama di musim sejuk yang sangat menggigit tulang. Bantuan rakyat Malaysia sangat besar maknanya kepada mereka, luka dan sakit mereka adalah nestapa kita yang pasti dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil. Jom, kita membantu!

Bantu saudara kita di Syria yang menderita “survival aid”.

Sumbanglah melalui akaun MUSLIM CARE MALAYSIA:

Maybank: 564490413882
Bank Islam: 14014010147470
Bank Muamalat: 14010007654717 - HARAKAHDAILY 15/12/2017

sy2

sy5

sy3

sy6

 

ISTANBUL, Turki: Delegasi NGO Islam Malaysia antara menyertai himpunan yang menegaskan bahawa Al-Quds adalah hak mutlak umat Islam dan mengutuk sekerasnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
 
Himpunan besar disertai ratusan ribu umat dan dianjurkan oleh Kesatuan NGO-NGO Turki yang bernaung bersama Parti Sa'adat itu telah berlangsung di pinggir Laut Marmara di Yenikapi Meydani, di sini kelmarin.
 
Golongan muda mudi antara teramai hadir pada himpunan tersebut yang menyaksikan ucaptama disampaikan Presiden Parti Sa'adat, Dr Temel Karamollaoğlu dan bergemanya laungan kuat "Jahanam Amerika, Jahanam Zionis!".
 
Malah, himpunan tersebut juga diwarnai dengan kibaran bendera kebangsaan Turki dan Palestin selain sepanduk-sepanduk yang menyatakan solidariti Turki untuk bersama seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi anbiya' itu serta membebaskan Baitul Maqdis.
 
Delegasi NGO Islam Malaysia itu diwakili Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Kubra, Yayasan Afdlin Shauki serta para pimpinan dan sukarelawan masing-masing.
 
Menurut Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, suasana perhimpunan yang sangat aman dan tertib itu membuktikan bahawa gabungan NGO Parti Sa'adat sangat tersusun dalam pengurusannya. - HARAKAHDAILY 12/12/2017

KETUA Tentera Pakistan Ketua Jeneral Qamar Javed Bajwa tiba di Iran pada 5 Nov, dalam satu lawatan rasmi tiga hari yang dilihat sebagai satu perkembangan penting dalam mengeratkan hubungan dua hala dan bagi kerjasama antara tentera kedua-dua negara.

Lawatan tersebut menggambarkan kesedaran yang semakin tinggi di kalangan kepimpinan Pakistan tentang kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dan mendatangkan faedah dengan negara-negara jiran memandangkan bertambahnya ketidakpastian pada masa hadapan dan ancaman-ancaman yang wujud kesan kegiatan pengganas.

Semasa lawatan tersebut, ketua tentera tersebut menemui pemimpin kanan sivil-tentera Iran dan berbincang tentang isu-isu seperti keadaan persekitaran geo-strategik di rantau tersebut, pengurusan sempadan Pakistan-Iran, keadaan di Afghanistan, perkembangan ancaman pengganas dan hubungan dagangan dua hala.

Kepentingan lawatan tersebut tidak boleh diperkecilkan kerana ia berlaku berikutan dua perkembangan baru yang berlaku yang telah mengancam keselamatan dan menimbulkan cabaran-cabaran kepada dasar luar negara yang bukan sahaja melibatkan Pakistan dan Iran tetapi juga keseluruhan negara-negara Asia Selatan dan Asia Barat.

Sebagai contoh tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamakan kewujudan Asia Selatan "baharu" dengan India memainkan peranan lebih penting di Afghanistan dan di rantau itu secara keseluruhannya, telah meningkatkan kerisauan strategik bagi Pakistan. Iran juga telah berusaha untuk memastikan keselamatan negaranya terjaga berikutan pendekatan Trump yang semakin bongkak. Kes terbaru yang dilihat penting bagi Iran adalah keputusan pembatalan sijil kebenaran dalam program nuklear negara itu.

Dalam keadaan persekitaran yang penuh persengketaan kedua-dua negara kelihatannya memahami keperluan untuk bekerjasama pada masa yang tepat dan membuat penyesuaian dalam hal-hal kepentingan dua hala. Pakistan berkongsi sempadan sepanjang 909km dengan Iran yang memisahkan wilayah Sistan-Baluchistan di Iran dan wilayah strategik Balochistan di Pakistan.

Wilayah Balochistan di Pakistan adalah tempat letaknya pelabuhan Gwadar. Lawatan ketua tentera tersebut mungkin akan membuka laluan bagi mekanisme pengurusan sempadan yang sememangnya diperlukan dan perkongsian perisikan yang boleh menghalang pencerobohan sempadan dan pergaduhan di sempadan yang akan menyebabkan hubungan baik terjejas.

Tambahan pula Pakistan kelihatannya memahami pertambahan kehadiran pengaruh India di Iran melalui kewujudan pelabuhan Chahbahar dan perkara ini mendatangkan kebimbangan pihak Pakistan. Oleh itu, usaha Pakistan untuk mengukuhkan hubungan dengan Iran boleh juga dilihat sebagai satu cara untuk mengimbangi pengaruh India.

Tetapi Pakistan bernasib baik kerana disebabkan India mempunyai kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat. Oleh itu, Iran mungkin pada masa akan datang mendapati bahawa India tidak boleh menjadi rakan yang boleh diharap dan barisan pimpinan Iran kelihatannya memahami perkara ini semenjak dari awal lagi. Pemikiran sebegini boleh diterima memandangkan fakta bahawa India tentunya tidak mahu mengorbankan kepentingannya yang lebih besar dengan AS dan memilih Iran.

Oleh itu sekiranya AS dan sekutu-sekutunya membuat keputusan untuk mengenakan kembali sekatan ke atas Iran maka India tentunya akan berasa sukar untuk meneruskan hubungan dengan Iran dan berhadapan dengan tindak balas dari pihak AS. Pakistan mungkin boleh mengambil peluang dari kelemahan hubungan India-Iran ini dan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan hubungan dengan Iran.

Pakistan dan Iran juga berkongsi pandangan sama dan kedua-duanya menyokong idea berkaitan "Afghanistan yang diketuai dan keamanan yang diusahakan oleh rakyat Afghanistan sendiri" dalam isu Afghanistan. Sebaliknya Iran dan India berbeza pendapat tentang landskap geopolitik di Afghanistan. Memandangkan kehadiran jangka panjang AS di Afghanistan adalah membahayakan kedudukan strategik Iran di rantau Asia Tengah, tempat yang kaya dengan sumber tenaga tetapi tidak mempunyai laluan ke laut.

Oleh itu Iran lebih memilih supaya AS keluar secara sepenuhnya dari Afghanistan. Di pihak yang lain pula, India mungkin tidak berasa selesa dengan tindakan AS untuk keluar dari rantau tersebut, lebih-lebih lagi ia kini baru mendapat peranan yang lebih besar di Afghanistan dan di Asia Selatan hasil tindakan AS. Memandangkan India pastinya akan menurut telunjuk AS, maka Pakistan tentunya lebih menjadi pilihan bagi Iran.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna Pakistan tidak mempunyai cabaran sendiri dalam mengekalkan hubungannya dengan Iran. Sebaliknya terdapat cabaran-cabaran besar yang terpaksa dihadapinya memandangkan ia juga perlu mengimbangi hubungannya dengan Iran demi menjaga hubungan dengan Arab Saudi.

Kedua-dua negara tersebut terlibat dalam perang proksi di Asia Barat dan hubungan tidak baik Iran-Saudi mendatangkan satu masalah bagi Pakistan. Walaupun Pakistan mempunyai ideologi yang sama dan hubungan yang strategik dengan Arab Saudi tetapi ia juga berkongsi sempadan yang panjang dengan Iran dan mempunyai jumlah penduduk Syiah kedua besar selepas Iran. Oleh itu mengambil sikap berpihak dalam konflik Iran-Saudi akan mendatangkan risiko perpecahan dalam kalangan penduduk dalam negara.

Oleh itu bagi mendapatkan keuntungan daripada hubungan dengan Iran maka Pakistan sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah antara kedua-dua musuh ketat itu dan mengamalkan sikap tidak berpihak. Walaupun sikap tidak berpihak juga akan turut meninggalkan kesan tetapi sekiranya kesan tersebut tidak setinggi harga sekiranya mengambil sikap berpihak maka adalah lebih baik bagi Pakistan untuk mengambil sikap tidak berpihak.

Dalam jangka masa panjang walau bagaimanapun, Pakistan sepatutnya mempunyai dasar luar negara yang bebas dan tidak hanya terikat dengan tindakan Arab Saudi dan Iran. Objektif ini dapat dicapai sekiranya ia mempunyai kekuatan ekonomi, dan projek Koridor Ekonomi China-Pakistan, CPEC, dengan China adalah antara peluang keemasan yang patut digunakan untuk tujuan ini.

Nisar Ahmed Khan adalah penyelidik di Institut Wawasan Strategik. Artikel ini diterbitkan dalam Eurasia Review dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan oleh Harakah.

More Articles ...

Page 2 of 4