Sukan SRITI Bistari asah kreativiti, bakat pelajar

Berita
Typography

BAGAN SERAI: Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bistari Kali Pertama telah berlangsung penuh warna-warni di padang Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir, di sini kelmarin.

Majlis gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai, Ustaz Mohd Yazid Mohamad Rombali yang turut menerima lintas hormat dari kontinjen-kontinjen rumah sukan.

Masing-masing rumah sukan yang tampil kreatif menggayakan pelbagai imej telah menunjukkan semangat sukan menerusi penyertaan acara balapan serta acara sukaneka.

Edisi sulung yang turut dimeriahkan dengan kehadiran awam menyaksikan Rumah Kuning atau pasukan Salahuddin Al-Ayubi muncul terbaik, sementara perbarisan dimenangi Rumah Merah mewakili tokoh Hamzah Asadullah.

Para ibu bapa yang turut hadir meraikan program juga telah dilibatkan pada acara sampingan seperti memanah, mengupas epal dan lain-lain lagi.

Pengerusi SRITI Bistari, Abdul Aziz Abdul Majid yang menutup kejohanan berharap para atlet berjaya akan mewakili penyertaan ke peringkat negeri dan kebangsaan. - HARAKAHDAILY 11/3/2019

IMG 20190311 WA0031

IMG 20190311 WA0032 

IMG 20190311 WA0033

IMG 20190311 WA0034