SPM 2018: MADI catat keputusan lebih baik

Berita
Typography

ARAU: Sekolah agama milik PAS Perlis Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam turut mencatat kejayaan lebih baik dalam SPM 2018.

Penolong Kanan Pentadbiran MADI, Ustaz Dzulhilmi Rasid berkata, keputusan itu mencatat peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Katanya seramai tiga pelajar mendapat 5A, 4A seorang, 3A tiga orang dan 2A dua orang.

“Manakala 1A seramai 10 orang. Keputusan SPM 2018 MADI mencatatkan keputusan terbaik sepanjang sejarah sekolah ditubuh," katanya di sini.

Kejayaan itu membolehkan MADI mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 5.48 berbanding GPS peringkat negeri 5.19. - HARAKAHDAILY 14/3/2019