19
Mon, Aug
16 Artikel Baru

MAT Lenggong temukan dua 'musuh' sekampung

Berita
Typography
LENGGONG: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Lenggong Kali Ke-16 yang sedang berlangsung sekarang ini, mencipta sejarah apabila dihadiri dua pemimpin sekampung berlainan parti politik.
 
Bendahari PAS Pusat yang juga Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria dalam ucapannya, menerima kehadiran Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Dr Shamsul Anuar Nasarah.
 
Kedua-dua mereka dilahir dan dibesarkan di Kampung Luat dekat sini, tetapi 'bermusuhan' dalam perjuangan sejak sekian lama kerana berbeza fahaman politik.
 
Hari ini kedua-dua mereka bertemu dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan apabila kedua-dua parti PAS dan Umno telah mengadakan ta'awun  siyasi dari peringkat Pusat hingga Cawangan.
   
Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya itu diadakan pula di Musolla Ma'ahad Tahfiz al-Quran lid-Dakwah wal-Imamah (MTQDI) Kampung Luat.
 
Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, turut ditamui oleh Pengerusi Umno Perak yang juga Adu  Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan Adun Kenering, Toh Syahbandar Hulu, Tarmizi Idris.
 
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua PAS Lenggong, Ustaz Drs Mohd Hanafiah Idris, Mohd Nor Hamat, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat, Ustaz Muhammad Rifaat Razman dan Ustazah Fauziah Musa.
 
Barisan kepimpinan Umno Bahagian Lenggong serta Pemuda, Wanita dan Puteri turut mengiringi pemimpin mereka menghadiri mesyuarat berkenaan. - HARAKAHDAILY 31/3/2019