21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Lima sekeluarga ahli PAS maut kemalangan

Berita
Typography
CHENOR: Lima sekeluarga terbunuh, manakala seorang kanak-kanak cedera parah dalam tragedi kemalangan jalan raya di KM101 Kampung Semat, Batu 13, di sini jam 2.30 petang semalam.  
 
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Myvi, Ustazah Norsuraya Mohd Noor, 30, dari Jengka 6 yang juga merupakan Guru KAFA dan suaminya Musa Abdullah, 31, aktivis PAS Cawangan Jengka 4.
 
Bapa Suraya, Mohd Noor Che Mat, 78, ahli PAS Jengka 6 dan ibunya, Hashimah Ismail, 66 serta anaknya, Muhammad Zulkarnain Musa, 3, turut kembali ke rahmatillah. 
 
Manakala seorang lagi anak pasangan tersebut, Nur Quraitun Ain Musa, 5, cedera parah dan kini berada di Zon Merah Hospital Temerloh, sekali gus tinggal sebatang kara atas kehilangan semua anggota keluarganya itu.
 
Semua mangsa terbunuh dikebumikan malam tadi di Jengka 6 kecuali Hashimah Ismail yang dituntut ahli keluarga untuk disemadikan di Kampung Sungai Kepung, Lancang.  
 
Pemandu Proton Iswara, Mohd Yuszi Yusof, 46, aktivis PAS dari Kampung Awah dan pemandu Hilux Tan Cheng Keot, 52, terselamat walaupun kenderaan mereka mengalami kerosakan teruk.
 
Para pimpinan PAS termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Hasenan Harun dan Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak adalah antara yang awal menziarahi keluarga mangsa.  
 
Dalam kenyataannya, Mujibur Rahman memgharapkan semoga Allah merahmati semua yang terkorban dan memudahkan segala urusan mereka yang masih hidup. - HARAKAHDAILY 1/4/2019
IMG 20190401 WA0007
 
IMG 20190401 WA0005
 
IMG 20190401 WA0004
 
IMG 20190401 WA0003