20
Mon, May
28 Artikel Baru

PAS Putatan santuni polis, doktor dan penyiar

Berita
Typography
PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mengambil inisiatif meluaskan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera dengan meraikan anggota perkhidmatan awam sempena sambutan ulang tahun jabatan dan profesion mereka.
 
Sehubungan itu, delegasi diketuai Yang DiPertua PAS Putatan, Ustaz Akmal Othman telah mengadakan kunjungan mahabah meraikan anggota polis, para doktor dan penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM), semalam.
 
Kunjungan sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 dan Hari Doktor Sedunia serta Hari Ulang Tahun RTM Ke-73 itu telah ke Balai Polis Putatan dan Balai Polis Tanjung Aru, serta Klinik Kesihatan Putatan dan juga Stesen RTM, di sini.
 
Peringatan Hari Polis Ke-212 adalah pada 25 Mac lalu, manakala Hari Doktor Sedunia disambut pada setiap 30 Mac, sementara Hari Ulang Tahun RTM diadakan pada setiap 1 April.
 
Menerusi program diadakan ini, anggota delegasi dapat mengikuti sendiri perkembangan semasa agensi berkenaan serta petugas mereka, selain mengeratkan hubungan dengan pihak-pihak tersebut.
 
Melalui aktiviti tahunan PAS Putatan ini juga, menjadi wadah untuk menzahirkan penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam yang banyak berbakti kepada masyarakat dan negara, khususnya di daerah ini. - HARAKAHDAILY 2/4/2019
IMG 20190402 WA0007
 
IMG 20190402 WA0009