20
Mon, May
28 Artikel Baru

MAT Pasir Salak tampil semangat serba baharu

Berita
Typography

PASIR  SALAK: Pembawaan politik boleh berubah mengikut ijtihad, namun Islam adalah tetap yang mengertikan bahawa politik mesti mengikut agama dan bukannya agama mengikut politik.

Kekuatan PAS kerana dasarnya yang segar bagai disiram embun pagi yakni Islam, namun roda Islam itu berputar di mana kalah atau menang, pejuangnya mesti teguh berpegang dengan Islam.

Demikian antara mesej ditegaskan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Pasir Salak Kali Ke-55 di Markas PAS Pasir Salak, di sini semalam.

Istimewanya, mesyuarat tersebut diaakan di markas baharu dibina berperingkat sejak 4 tahun lalu, berdiri dengan lebih luas dan selesa hasil sumbangan orang ramai serta terletak dalam Dun Sungai Manik.

Malah, majlis perasmian mesyuarat itu juga turut disemangatkan dengan perbarisan kawad kaki dan kehormat daripada Jabatan Amal dan Briged Muslimat Pasir Salak, serta pameran khas.

Yang DiPertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari pula dalam ucapannya mengingatkan ahli agar menjadikan ta'awun siyasi antara PAS dan Umno dilaksanakan dengan lapang dada disertai ilmu serta istiqamah.

"Kini parti kita telah menerokai perkara baru iaitu Ta'awun Siyasi bersama dengan Umno. Perkara baru yang sangat mencabar kekuatan istiqamah kita. Oleh itu, kita sangat perlu kepada ilmu-ilmu asas dan ilmu-ilmu kontemporari.

"Serta beberapa sifat sebagai jundullah seperti tsabat, wala, tajarrud dan lain-lain untuk  memastikan kita istiqamah dalam perjuangan ini.

"Perkembangan dan penambahan ahli PAS kini memberi keyakinan bahawa rakyat sudah tidak terpengaruh dengan fitnah. Ini menguatkan lagi kita untuk terus bergerak kerja ke arah menghadapi pilihan raya akan datang," ujarnya penuh semangat. - HARAKAHDAILY 2/4/2019

IMG 20190402 WA0019

 

IMG 20190402 WA0022