18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Pemuda Lumut ziarah anggota Amal di hospital

Berita
Typography
LUMUT: Pemuda PAS Kawasan Lumut telah menziarahi anggota Jabatan Amal Lumut, Abdul Hadi Irfan Noor Azam yang dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung, di sini petang semalam.
 
Kunjungan Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid bersama Komandan Jabatan Amal Lumut, Muazam Hafiz Osman itu sebagai merakam takziah dan menghulur sumbangan.
 
Abdul Hadi yang juga pemain bola sepak Ummah FC ketika pulang dari sesi latihan telah terlibat kemalangan di hadapan Khazanah Hardware tidak jauh dari rumahnya di Fasa 1A, Seri Manjung.
 
Kemalangan berpunca apabila kereta dihadapannya berhenti mengejut secara tiba-tiba menyebabkan beliau tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut, malam kelmarin.
 
Akibatnya beliau yang menunggang motosikal telah mengalami patah terkulai paha kaki kanan serta kecederaan luka di bahagian tangan, lutut dan juga kaki. - HARAKAHDAILY 4/4/2019
IMG 20190404 WA0004