26
Sun, May
38 Artikel Baru

Institusi pondok benteng kerajaan Islam

Abdullah Yakob menyampaikan anugerah Tokoh Murabbi kepada Ustaz Wan Muhammad Wan Othman.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kegemilangan institusi pengajian pondok tradisional yang mempunyai hampir 100 buah pada 1903-an menjadi antara faktor gerakan Islam yang didominasi PAS menjadi pilihan rakyat Kelantan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato' Abdullah Ya'kob berkata, benteng Islam sudah dibina di negeri tersebut sejak zaman sebelum kedatangan penjajah lagi.

"Hasil dokongan ulama pondok inilah, PAS dapat mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam yang kini menghampiri usia 30 tahun,” katanya pada perasmian Sambutan 65 Tahun Pondok Pasir Tumboh dan Hari Murabbi 2019 di sini semalam.

Turut hadir Mudir Pondok Dato' Wan Muhammad Wan Othman; Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Halim Derani dan Pengerusi Persatuan Alumni pondok berkenaan Ustaz Mokhtar Senik.

Abdullah juga berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap perkembangan institusi pendidikan pondok bagi melahirkan lebih ramai pendakwah. - HARAKAHDAILY 4/4/2019