17
Sat, Aug
24 Artikel Baru

Kelantan boleh anjur program khas artis

Berita
Typography

KOTA BHARU: Artis-artis anak Kelantan khususnya wanita memerlukan suntikan tazkirah agama dan program dakwah bagi mengelakkan mereka tersasar melayari bahtera kehidupan.

Artis Fara Aina, 26, mencadangkan usaha itu dilakukan kerajaan negeri dengan mengadakan pertemuan dengan artis, di samping mengeratkan lagi hubungan.

Katanya, sebagai seorang Muslim mereka perlukan tazkirah agama bagi melengkapkan lagi sebuah kehidupan.

“Kefahaman mengenai soal aqidah dan agama begitu penting. Kerajaan negeri boleh menganjurkan program khas untuk artis anak Kelantan.

“Pada masa itu boleh diselitkan program dakwah dan ceramah agama,” katanya di sini.

Farah pernah muncul johan pertandingan Kelantan Got Talent anjuran kerajaan negeri dan tempat kedua anjuran Nisa’ Got Talent.

Beliau juga berjaya menyiapkan album single pertama tahun lalu yang bertajuk ‘Cinta Yang Terhenti’ ciptaan Eddie Hamid.

Kini beliau muncul dengan single kedua bertajuk ‘Tak Tergalang Ganti’ ciptaan Rosli Ahmad. Album lagu kedua dilancarkan 18 Mac lepas.

Fara juga berkata, ruang yang diberikan kerajaan negeri khususnya untuk artis wanita dianggap begitu baik. - HARAKAHDAILY 4/4/2019