26
Sun, May
38 Artikel Baru

Terima graduan USIM tanpa ada CLP

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim mempersoalkan graduan Fakulti Fakulti Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak mendapat pengiktirafan daripada Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) sehingga kini.

Menurutnya, USIM merupakan antara universiti awam yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi graduan daripada fakulti undang-undang universiti tersebut tidak diiktiraf.

"Peguam Negara (AG) mengiiktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), tetapi USIM yang mengeluarkan graduan undang-undang tidak diiktiraf oleh CLP ini sehingga ke hari ini," katanya ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dato' Seri Noh Omar semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2018) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 di bawah Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Dewan Rakyat, petang tadi.

Terdahulu, Noh meminta Menteri Pendidikan menjelaskan status pelajar kelulusan UEC diberi tempat untuk belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi kursus bahasa Mandarin kerana pengiktirafan UEC menjadi polemik hangat.

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik mengatakan bahawa perkara tersebut perlu dirujuk kepada Peguam Negara, namun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar meminta supaya graduan USIM dalam bidang undang-undang diiktiraf agar mereka diterima tanpa ada CLP.

Pada 31 Mac lalu, pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara Tommy Thomas, mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 2021. – HARAKAHDAILY 4/4/2019