26
Sun, May
38 Artikel Baru

Pemuda Ipoh Timur kempen Jom Daftar Undi

Berita
Typography
IPOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mengorak langkah dengan menganjurkan kempen Jom Daftar Mengundi yang diadakan di perkarangan Masjid Ibnu Salam, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat.
 
Inisiatif oleh Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Ipoh Timur dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.
 
Diadakan selama tiga jam, kempen ini mensasarkan secara 'strategik' penduduk tempatan yang juga kebetulan hadir bagi menunaikan solat fardu Jumaat, di sini semalam.
 
Menurut Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan, program sulung dengan kerjasama SPR itu telah memberi peluang terutama kepada anak muda yang telah cukup usia mendaftarkan diri.
 
Dengan demikian katanya, memberi peluang kepada golongan itu yang kali pertama bakal mengundi pada pilihan raya nanti untuk menjadi pemilih secara sah dan menentukan masa depan negara.
 
Ujarnya, selain kempen kesedaran mendaftar pemilih, semangat anak muda untuk melakukan perubahan berikutan pelbagai polemik yang muncul dibawah teraju PH, dapat dibuat melalui salurannya.
 
Beliau menyeru masyarakat untuk segera mendaftarkan diri selaku pemilih terutama kepada para belia yang dimaklumkan SPR terdapat 3.7 juta golongan itu belum berdaftar setakat hujung 2017. - HARAKAHDAILY 6/4/2019