19
Fri, Jul
21 Artikel Baru

Santai Ameerah sembang peranan dan isu serius

Berita
Typography
IPOH: Ameerah Kawasan Tambun telah meraikan Ameerah Kawasan Tumpat dengan mengadakan pertemuan santai sempena jaulah delegasi Kelantan itu ke negeri Perak, semalam.
 
Majlis penuh mesra dan ukhuwah tersebut telah dilangsungkan di kediaman Ketua PAS Cawangan Manjoi Baru, Zulkipli Abdul Hamid di Dataran Ilmu, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, di sini.
 
Temu mata julung kali kedua pihak itu dimulai sesi ta'aruf ringkas, disusuli perkongsian mengenai aktiviti dijalankan masing-masing bagi memantapkan pergerakan Muslimat Muda PAS.
 
Menariknya juga, Ketua Ameerah Tambun, Nuradilla Mohd Kamal turut menerangkan polemik politik di negeri ini, sementara Ketua Ameerah Tumpat, Rahimah Yusoff pula berkisar usaha mengisi kemenangan.
 
Menurutnya, walaupun kemenangan PAS pada PRU14 lalu di negeri Serambi Makkah itu tampak selesa, namun semua pendukung parti tidak harus leka dengan anugerah Allah yang sedang dikecapi itu.
 
Bentang beliau, Ameerah Tumpat secara komited melangsungkan program seperti Ameerah Prihatin, Keluarga Mawaddah dan Karnival Sukan dalam usaha mendekati masyarakat dan menonjolkan entiti ini.
 
Ameerah merupakan organisasi bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia yang menghimpunkan ahli dari Muslimat Muda PAS bagi membantu gerak kerja dakwah dan siyasah. - HARAKAHDAILY 6/4/2019
IMG 20190406 WA0003