20
Mon, May
28 Artikel Baru

Ta'aruf Muslimat setelah 'pindah' ke Ipoh Timur

Berita
Typography
IPOH: Dewan Muslimat PAS Kawasan Ipoh Timur telah mengadakan Usrah Mahabah bersama anggota Muslimat dari tiga PAS Cawangan baharu yang dilangsungkan di Tebing Tinggi, di sini hari ini.
 
Ianya juga sebagai mengalu-alukan mereka sebagai keluarga baharu PAS Ipoh Timur berikutan persempadanan semula pada PRU14 lalu di mana sebelum ini berada dalam PAS Kawasan Gopeng.
 
Mereka yang tersebut ialah ahli-ahli daripada PAS Cawangan Pengkalan Pegoh, PAS Cawangan Taman Desa Aman dan juga PAS Cawangan Kampung Pengkalan Gate.
 
Hadir sama pada usrah tersebut ialah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Perak, Ustazah Hanisah Hassan merangkap Ketua Muslimat PAS Ipoh Timur.
 
Buku Manhaj Usrah PAS Peringkat Ta'arif 1 terbitan Lajnah Tarbiyah PAS Pusat menjadi muqarrar usrah yang dijalankan oleh pihak Muslimat PAS Ipoh Timur.
 
Menurut Ketua Muslimat PAS Taman Desa Aman, Mardiana Ali, majlis tersebut menjadi pemula mengerat hubungan dan menyelaraskan mereka yang baharu bertukar naungan itu. - HARAKAHDAILY 6/4/2019