20
Mon, May
28 Artikel Baru

Tingkat prestasi Tabung Haji

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan perlu mempertingkatkan prestasi Tabung Haji sebagai usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi kewangan terbesar umat Islam itu.

Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah, berkata hibah sebanyak 1.25 peratus yang diumumkan oleh kerajaan semalam telah memberi kesan pada rakyat khususnya bagi pendeposit.

Pada masa yang sama menurutnya, kerajaan juga perlu menghentikan alasan masalah yang berlaku kepada negara hari ini berpunca daripada kerajaan terdahulu (BN).

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus kepada semua 9.3 juta pendepositnya, semalam.

Jelasnya lagi, situasi itu akan merumitkan keadaan apabila penyimpan sudah tidak mempercayai TH lagi.

"Penjelasan dari TH sendiri secara taknikalnya orang tidak faham. Kerana itu orang ramai berhasrat untuk mengeluarkan wang mereka dari menyimpan di TH," ujarnya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan ke-46 di Putik, hari ini.

Tambahnya, jika perkara itu berlaku ianya membimbangkan masa depan TH.

"Kita bimbang masa hadapan TH, sedangkan Tabung Haji ini merupakan institusi kewangan yang paling besar umat Islam di negara ini," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Amar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana ada pandangan berbeza dari sudut pandangan umum.

Katanya, hanya pakar berkaitan sahaja yang layak membuat sebarang ulasan.

Tambahnya, beliau mengulas kerana terkilan berdasarkan sebagai pendeposit sahaja. – HARAKAHDAILY 6/4/2019

mustn