18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Lumut ungguli juara Sukan PASTI Zon 3

Berita
Typography
PARIT: PASTI Kawasan Lumut muncul juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Zon 3 Negeri Perak setelah mengungguli acara yang diadakan di Padang Desa, Seri Iskandar, di sini pagi tadi.
 
Sebanyak tujuh PASTI Kawasan mewakili Teluk Intan, Batu Gajah, Pasir Salak, Beruas, Bagan Datok, Parit dan Lumut berentap pada kejohanan yang berlangsung penuh meriah itu.
 
Ibu bapa waris anak-anak PASTI serta penyokong yang hadir turut merangsang semangat para peserta dalam merebut kelayakan ke peringkat negeri di Kuala Kangsar, 13 April depan.
 
Aksi akhir bola sepak menyaksikan PASTI Lumut garang membelasah PASTI Batu Gajah dengan jaringan 6 - 0, manakala bola jaring PASTI Lumut bergaya mengalahkan PASTI Teluk Intan, 8 - 1.
 
Kejayaan tersebut telah menerima kalungan tahniah dari Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid dan Pengerusi PASTI Lumut, Abdul Basir Mohamad.
 
Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Muhammad Zahid Abu Bakar yang menyempurnakan majlis penutupan bagi Zon ini. - HARAKAHDAILY 6/4/2019