20
Mon, May
28 Artikel Baru

Ijtimak Tambun bahas tajuk ta'awun dan wala'

Berita
Typography
TAMBUN: Zon Manjoi mengambil giliran selaku tuan rumah bagi Ijtimak PAS Kawasan Tambun yang telah dilangsungkan di Markas Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru 1A, di sini semalam.
 
Naqib undangan iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Adun Jeneri dalam pengisiannya mengutarakan perihal wala' dan thiqah terhadap arahan pimpinan.
 
"Fikrah ahli PAS dibentuk dan dikawal oleh pimpinan Majlis Syura Ulamak dan bukan sebaliknya. Sebagai ahli yang wala', kita hendaklah meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap keputusan pimpinan tertinggi," ujarnya.
 
Beliau turut mengingatkan agar tidak terpedaya dengan mainan politik musuh yang mengaitkan wala' sama erti dengan kebodohan kerana sedia maklum ahli dididik dengan disiplin tinggi.
 
Terdahulu Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said menyentuh mengenai ta'awun  siyasi yang menjadi strategi semasa PAS selaku parti bukan kerajaan di mana tetap menjaga dasarnya.
 
Beliau yang juga Naib Ketua Ulamak PAS Negeri Perak menegaskan PAS menekankan batas perlu dipelihara semua dalam ta'awun  siyasi dilakukan parti antaranya prinsip amar makruf nahi munkar.
 
Ijtimak bulanan itu sentiasa meriah termasuk gerai jualan yang menjual aneka produk oleh peniaga ahli-ahli PAS Tambun di perkarangan markas tersebut tanpa dikenakan sewaan tapak.
 
Doa wehdah pimpinan Ustaz Meor Mohd Rashidi menjadi penutup ijtimak sebagai simbolik kesatuan dan fikrah, sekali gus menyuntik semangat istiqamah sekalian ahli. - HARAKAHDAILY 7/4/2019