19
Fri, Jul
21 Artikel Baru

DHPP S'wak, PAS Bintulu bantu mangsa kebakaran

Berita
Typography
BINTULU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak telah mengadakan ziarah susulan bagi membantu mangsa kebakaran melibatkan kediaman di Sungai Plan, di sini semalam.
 
Ziarah diketuai wakil DHPP Sarawak, Achau Mujah bersama-sama anggota Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu itu telah menyampaikan barang sumbangan yang dikumpulkan sebelum ini.
 
Pada ketika sekarang, mangsa yang terbabit kejadian itu masih memerlukan bantuan berikutan mereka hanya menumpang sementara di rumah saudara berdekatan di sekitar kawasan ini juga.
 
Meskipun mangsa kebakaran merupakan dari keluarga bukan Islam, namun ziarah tersebut menjadi bukti bahawa politik PAS merentasi perbezaan agama dan kaum.
 
Sebaliknya, dengan gerak kerja sedemikian, PAS menzahirkan hasrat dan komitmen kepada mesej kebaikan serta semangat cintakan keamanan dan kebenaran, serta nilai kemanusiaan. - HARAKAHDAILY 7/4/2019