20
Mon, May
28 Artikel Baru

PH tidak mampu kekal hibah TH

Berita
Typography

KANGAR: Ketua Penerangan PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkata pengumuman hibah Tabung Haji (TH) sebanyak 1.25 peratus telah memberikan imej yang tidak baik kepada pengurusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebab mereka tidak mampu mengekalkan rekod hibah yang tinggi malah menjadikan hibah yang paling rendah semenjak ia ditubuhkan.

“Kebimbangan kita ialah perkara ini boleh meruntuhkan institusi ini jika ada yang mengambil tindakan mengeluarkan wang mereka,” katanya.

Tambahnya, jika benar berlaku penyelewengan oleh kerajaan terdahulu, sila kemukakan bukti dan mendakwa mereka yang terbabit.

“Mereka (PH) sudah punya kuasa, jadi gunakan kuasa yang ada untuk mendakwa mereka yang bersalah. Biar rakyat melihat benarkah ada penyelewengan.

“Rakyat hari ini sudah muak dengan kata-kata ini semua salah kerajaan lalu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kangar kali ke-44 di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) di sini, har ini.

Beliau truut menyeru agar orang ramai tidak mengambil tindakan mengeluarkan wang daripada TH.

“Kita mestilah terus mempertahankan TH dan tidak perlu untuk mengeluarkan wang yang disimpan kerana TH adalah satu sistem terbaik di dunia, dari sudut khidmat dan baktinya.

“Jadi sudah tentu ia banyak menabur jasa kepada rakyat,” tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/4/2019