26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

Ekspo Perniagaan Islamik di Kota Bharu

Fabian Gan bersama jawatankuasa Ekspo Perniagaan Islamik.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang menikmati air jagung havean artis Serina Chef Wan sempena Ekspo Perniagaan Islamik (IBE) yang bermula hari ini.

Ekspo berkenaan diadakan lima hari sehingga 15 April ini akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula jam 3 petang hingga 11 malam.

Pengerusi Koperasi Barisan Usahawan Berhad, Fabian Gan @ Mohd Sufian Ghani berkata, Serina akan bertemu peminat di Kelantan selama dua hari.

“Serina atau nama sebenarnya Serina Redzuawan akan menyertai ekspo yang julungkali pernah diadakan di negara ini,” katanya di sini.

Ekspo berkenaan akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakob pada 12 April kira-kira jam 9 malam. Ekspo itu disertai lebih 40 usahawan yang akan menjual pelbagai produk.

"Selain penyertaan usahawan tempatan ada peniaga luar khususnya dari Kuala Lumpur menyertai ekspo tersebut," katanya.

Menurutnya juga ekspo julung kali seumpama itu diadakan di Kelantan memandangkan semangat tinggi rakyat dalam bidang perniagaan.

Sempena ekspo itu turut diadakan pertandingan dikir barat, pameran pelancongan, pameran produk, makanan dan pelbagai aktiviti lain. - HARAKAHDAILY 11/4/2019