26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

Tolak ‘tukang kipas’, menangkan Tok Mat

Berita
Typography

SEREMBAN: Presiden Umno, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penyatuan ummah tersebut tidak akan menolak bangsa lain, malah turut menjamin penghormatan terhadap penganut agama selain daripada Islam.

Katanya, beliau akan melakukan perkara sama susulan kerjasama PAS dan Umno dan berterima kasih kepada pemangkunya, Dato' Seri Mohamad Hasan kerana menjalankan tugas-tugas beliau semasa ketiadaannya.

"Ini tak ada cemburu-cemburu. Tok Mat tak cemburu kat saya, saya pun tak ada cemburu-cemburu. Tapi saya kena ingat, saya pun ada tukang cucuk, Tok Mat lagi ramai tukang cucuk.

"Jangan dengarlah tukang-tukang cucuk tu, sebab dalam politik ini banyak politik sate. Sate itu tak namanya sate kalau ikan tak dibakar, jadi ikan bakar. Kalau ayam dibakar, ayam bakar.

"Kena cucuk dulu, ini bahaya tukang cucuk. Cucuk sate, kalau cucuk daging, bakar pun jadi daging bakar, belum jadi sate.

"Sate ini, apabila ada tukang kipas. Sekejap kiri, sekejap kanan, sekejap depan, sekejap belakang, tukang kipas sate ini bahaya. Ada dalam parti, ada luar parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau di Taman Angsamas, malam tadi.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua PAS Kuala Pilah, Kamaruddin Tahir serta beberapa pimpinan Barisan Nasional.

Beliau berkata, untuk menolak 'tukang kipas dan tukang cucuk sate', calon BN iaitu Tok Mat haruslah menang PRK Dun Rantau. – HARAKAHDAILY 11/4/2019