21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Pengundi PAS keluar menangkan Tok Mat

Berita
Typography

SEREMBAN: Pengundi PAS menyeru supaya pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau keluar mengundi bagi memenangkan calon BN.

Mokhtar Salim, 65, merupakan pengundi tempatan berkata, pengundi perlu tunaikan tanggungjawab bagi memilih calon wakil rakyat terbaik.

“Saya menyeru pengundi untuk turun mengundi bagi memenangkan calon yang telah dipersetujui iaitu Tok Mat (Dato’ Seri Mohamad Hasan).

“Pengundi yang berada di luar baliklah mengundi bagi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sega di sini, hari ini.

Seorang anggota polis yang menjaga pintu masuk pusat mengundi berkenaan pula berkata kehadiran pengundi semakin bertambah daripada pagi sehingga kini.

Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi dan berakhir pada 5.30 petang ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding calon Umno, Mohamad Hasan sebagai tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan. – HARAKAHDAILY 13/4/2019