19
Fri, Jul
46 Artikel Baru

Sukan PASTI: Taiping, Parit Buntar wakili Perak

Berita
Typography
KUALA KANGSAR: PASTI Kawasan Taiping dan Parit Buntar bakal mewakili PASTI Negeri Perak masing-masing bagi acara bola sepak dan bola jaring pada Pesta Sukan PASTI Kebangsaan, 27 April depan.
 
Ia setelah kejayaan mereka muncul Johan bagi kedua acara tersebut setelah persaingan melibatkan 12 kontinjen pada Pesta Sukan PASTI Perak yang dilangsungkan di Padang Kuaters Jerlun, di sini semalam.
 
Taiping muncul juara bola sepak selepas menewaskan Tambun dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 3 - 1, manakala Lumut dan Bukit Gantang akur di tempat ketiga dan keempat.
 
Bagi acara bola jaring pula, Parit Buntar menafikan keunggulan Tambun yang diketepikan dengan jaringan 2 - 1, sementara Taiping menewaskan Lumut untuk meraih tempat ketiga.
 
Pesta sukan penuh meriah itu mengumpulkan enam pasukan bagi kedua acara itu yang merupakan Johan dan Naib Johan bagi zon masing-masing dengan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin. - HARAKAHDAILY 14/4/2019
IMG 20190414 WA0043
 
IMG 20190414 WA0042