19
Fri, Jul
46 Artikel Baru

Majlis Selawat mesrakan Muslimat - Wanita Tambun

Berita
Typography

TAMBUN: Muslimat PAS Kawasan Tambun julung kalinya telah menganjurkan majlis Muslimat Berselawat bersama Wanita Umno Bahagian Tambun di Surau Al Jamaiyah, Taman Hiburan, di sini hari ini.

Bacaan selawat dan alunan zikir munajat telah dipimpin Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Tambun, Ustazah Noraishah Abd Rahim bersama seluruh peserta melibatkan pimpinan Wanita Umno dan Muslimat PAS Cawangan-cawangan seluruh Tambun.

Selaku tetamu undangan, Ketua Wanita Umno Tambun, Surai Hussin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih dan berbesar hati ke atas penganjuran majlis tersebut oleh Muslimat PAS Tambun.

Tambahnya, beliau mengingatkan agar semua pihak antara Umno dan PAS memperkukuh jalinan kerjasama bagi menguatkan parti pembangkang yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu dan Islam.

Terdahulu, ucapan Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusof menyerikan majlis ini dengan menyentuh kepentingan kesatuan ummah demi menyahut saranan Presiden PAS untuk membentuk kerjasama politik antara PAS dan Umno.

Para jemaah turut dihidangkan dengan slot pengisian rohani disampaikan Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Aliah Aziz mengupas peristiwa Israk Mikraj yang ternyata banyak memberi pengajaran pada umat Islam. - HARAKAHDAILY 14/4/2019

IMG 20190414 WA0063

 

IMG 20190414 WA0062