25
Tue, Jun
12 Artikel Baru

2 Adun PAS manfaat sidang Dun sehari

Berita
Typography

KANGAR: Dua Adun PAS di Perlis tetap mengambil peluang membangkitkan masalah rakyat biar pun persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis diadakan sehari hari ini.

shukriAdun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, cukup sehari bagi negeri kecil seperti Perlis untuk bersidang memandangkan tiada usul-usul lain.

"Memandangkan tiada sebarang pembentangan rang undang-undang baharu, maka sehari pun sudah memadai.

"Namun setiap Adun diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan pada sesi jawapan lisan anggota Exco," katanya di sini.

Terdapat 34 soalan dikemukakan Adun termasuk penyokong kerajaan pada persidangan tersebut.

Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim turut berpuas hati biar pun persidangan berlangsung hanya sehari

"Walaupun tiada perbahasan usul tetapi kita dibenarkan menanya soalan tambahan. Jadi kesempatan ini boleh digunakan untuk mengutarakan masalah rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 16/4/2019