26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

Penduduk kecewa jalan ditutup lebih setahun

Berita
Typography

SHAH ALAM: Penutupan jalan yang telah melebihi setahun di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Persiaran Atmosfera mengundang pelbagai masalah kepada penduduk setempat.

Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Masyarakat Malaysia (Paskam), Dato' Edros Abdullah meluahkan rasa kecewa kerana jalan sedia ada yang sepatutnya dibaik pulih ditutup sebegitu rupa.

Beliau berkata, apa yang berlaku di bawah Majlis Daerah Shah Alam begitu mengecewakan penduduk setempat malah orang luar yang ingin ke mahkamah syariah atau pejabat daerah menghadapi laluan getir yang panjang.

"Jika kita lihat jalan ini berlaku pemendapan lebih kurang dua kaki sahaja jika ditambak mungkin pemendapan boleh berlaku berikutnya.

"Terdapat banyak cara untuk mengelakkan daripada berlaku pemendapan antaranya ialah membina jambatan di atas jalan," ujarnya.

Menurut beliau, ini adalah terpulang kepada kebijaksanaan pihak majlis tetapi mereka membiarkan dan mengambil tindakan dengan membuat propaganda yang mengatakan tanah itu belum diserahkan sepenuhnya.

Edros meminta jika Datuk Bandar berperanan sebagai seorang yang bijak, beliau hendaklah menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

"Jika tidak saya akan memaklumkan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor kerana susu telah diberi, jangan tuba dibagi," tambahnya. – HARAKAHDAILY 16/4/2019

jalan2