26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

PMBK Sawit tawar skim berhenti sukarela

Abdul Rashid bertukar dokumen perjanjian dengan Naib Cancelor UMK.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Seramai 30 kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sawit mendapat skim pemisahan sukarela (VSS) ekoran pemberhentian operasi agensi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Abdul Rashid Mohd Yusoff berkata, pekerja terlibat diberi pampasan berdasarkan skim perkhidmatan masing-masing.

Katanya antara faktor operasi PMBK Sawit dihentikan kerana nilai pasaran harga sawit dan tunggakan hutang dengan institusi perbankan.

"Pekerja kita bagi pampasan ikut skim perkhidmatan mereka, kita ambil keputusan untuk hentikan operasi, bukan tutup PMBK Sawit.

"Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah PMBK kerana kita hendak bayar duit pinjaman bank,” katanya selepas selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Difahamkan PMBK Sawit berdepan masalah selepas mengambil ladang milik Yayasan Islam Kelantan (Yik). - HARAKAHDAILY 17/4/2019