25
Sat, May
26 Artikel Baru

PAS P. Pinang cadang bina KomTar P1000

Berita
Typography
CADANGAN pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu, Pulau Pinang (KomTar P1000) adalah manifestasi kepada keperluan semasa PAS Negeri Pulau Pinang serta masyarakat Islam terhadap sebuah kompleks yang dapat memenuhi aspirasi pendidikan Islam di negeri ini.
 
Projek yang bernilai RM15 juta bakal menjadi satu lagi kebanggaan PAS meneraju kebangkitan ummah di Wilayah Utara khususnya di negeri ini bagi menggantikan bangunan lama yang sudah uzur serta tidak dapat lagi menampung kehadiran masyarakat ke program-program ilmiah yang dianjurkan.
 
Kewujudan kompleks ini dijangka akan dapat merancakkan lagi gerak kerja PAS merancang pelbagai bentuk program pendidikan agar masyarakat mendapat kefahaman Islam sebenar sebagaimana yang dituntut.
 
Bangunan tiga tingkat tersebut akan menempatkan kawasan meletak kenderaan, dewan terbuka serta surau di aras satu. Sementara aras dua menempatkan dewan serba guna yang luas, bilik kelas serta bilik seminar dan di aras tiga pula adalah bilik tetamu, bilik pejabat, dan bilik seminar.
 
Sumbangan untuk KomTar P1000 boleh disalurkan melalui akaun Bank  Islam  07043011031303 atas nama Kompleks  PAS  Pulau  Pinang. Untuk keterangan lanjut mengenai sumbangan dan pembangunan KomTar P1000  boleh hubungi talian 04-5755584 atau WhatsApp 01156355848.
 
Orang ramai juga dijemput untuk like dan share seluasnya page facebook Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu, Pulau Pinang, bagi membantu pihak pengurusan KomTar P1000 menjayakan pembangunan kompleks ini dalam masa terdekat.
 
Juga menerusi alamat, Kompleks Pendidikan Islam Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 
Firman Allah S.W.T:
“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
(An-Nahl: 96)
HARAKAHDAILY 10/5/2019
IMG 20190510 WA0063
 
IMG 20190510 WA0061
 
IMG 20190510 WA0060