25
Sat, May
26 Artikel Baru

Iftar Perdana Sumbangan Dana KUIZM, 25 Mei

Berita
Typography
GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan mengadakan Majlis Iftar Perdana Sumbangan Dana di institusi ini di Taman Melewar, di sini 25 Mei nanti jam 5 petang hingga 10 malam.
 
Program ini diadakan bertujuan mengumpul dana bagi meneruskan dan melangsungkan agenda perjuangan Islam khususnya dalam melahirkan generasi pewaris Nabi S.A.W.
 
Tetamu istimewa dijemput khas bagi menyempurnakan majlis ini ialah pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi yang akan memberi ceramah khas bertajuk "Pecutan Akhir Ramadan". 
 
Kupon jualan meja bernilai RM100, RM200 dan RM500 bagi setiap hadirin boleh didapati di kaunter pejabat pentadbiran KUIZM atau berhubung dengan Ustaz Abdul Qayyum di talian 013-4304878 atau talian hotline KUIZM, 010-356 5616.
 
Pihak kolej amat berbesar hati dan berharap mana-mama individu dan organisasi dapat menyumbang untuk melancarkan lagi proses pembangunan kolej ini dan semoga setiap sumbangan untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T. - HARAKAHDAILY 10/5/2019
IMG 20190510 WA0086