17
Sat, Aug
24 Artikel Baru

Ameerah-Puteri Teluk Intan usrah bersama

Berita
Typography
TELUK INTAN: Ameerah bersama Puteri Umno bagi Parlimen Teluk Intan telah mengadakan majlis usrah yang dilangsungkan di SRITI Al-Falah, Taman Melor, di sini pagi semalam.
 
Pertemuan yang dinamakan Ikatan Mahabah itu telah disertai Ahli-ahli Jawatankuasa kedua belah pihak bertujuan memperkukuhkan jalinan hubungan dan menggerakkan agenda bersama.
 
Ketua Ameerah Teluk Intan, Iffah Kamilah Khusyairi dan Ketua Puteri Umno Teluk Intan, Azniza Mohd Yasin mengetuai pertemuan tersebut mewakili entiti masing-masing.
 
Dalam ulasan bersama mereka menyatakan kesepakatan bahawa pentingnya pembentukan kesatuan fikrah dan keserasian merangka gerak kerja secara bersama.
 
Usrah julung kali itu diisi dengan solat Dhuha, tazkirah Ramadan oleh wakil Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Teluk Intan, perbincangan dan pertukaran cenderahati. - HARAKAHDAILY 12/5/2019