17
Sat, Aug
24 Artikel Baru

PAS Klebang rai 106 penerima bantuan raya

Berita
Typography

TAMBUN: Seramai 106 orang penerima diraikan dalam program Sumbangan Baju Raya Eidulfitri 2019 PAS Zon Klebang dalam Dun Manjoi di Mydin Mall, Meru Raya, di sini semalam.

Para penerima dipilih daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira fahaman politik di bawah seliaan enam Cawangan PAS.

Cawangan-cawangan PAS tersebut ialah Klebang Restu, Klebang Prima, Klebang Putra, Klebang Jaya, Klebang Selatan dan Seri Klebang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri berharap, anak-anak dan keluarga yang menerima bantuan baju raya hari ini bergembira dan sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.

"Cabaran hidup rakyat hari ini sangat dirasai dalam keadaan ekonomi negara semakin tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat.

"PAS terus komited untuk membantu rakyat khususnya bertanggungjawab dalam menguruskan sumbangan infaq ahli PAS dan orang ramai," kata beliau yang juga Pengerusi Prihatin Rakyat Dun Manjoi.

Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan mengetuai ahli jawatankuasa setiap Cawangan PAS hadir sama memilih dan menyampaikan sumbangan baju raya yang juga aktiviti tahunan PAS Zon Klebang itu.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tambun turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Mydin yang membantu melancarkan urusan hari ini dan selama ini. - HARAKAHDAILY 13/5/2019

IMG 20190513 WA0028