25
Sat, May
26 Artikel Baru

Rekod prestasi taksir kemenjadian murid PASTI

Berita
Typography
LUMUT: PASTI Kawasan Lumut telah mengadakan Taklimat Buku Rekod Prestasi Murid PASTI kepada semua Guru-guru PASTI Lumut yang diadakan di SRITI At-Taqwa, di sini semalam.
 
Taklimat ini membentangkan cara pelaksanaan penilaian dan perkembangan murid berdasar pentaksiran Guru PASTI setiap unit bermula tahun ini setelah tiada lagi peperiksaan dilaksanakan.
 
Pembentangan telah disampaikan Guru PASTI Ar-Rahman dan PASTI Al-Furqan, Syakiroh Che Lah dan Rohana Sulaiman yang terdahulu telah menghadiri bengkel sama peringkat Negeri Perak.
 
"Pentaksiran murid PASTI akan direkodkan dari aspek kemahiran psikomotor, emosi dan sahsiah murid. Kursus ini amat penting kerana setiap guru perlu mengetahui cara mentaksir, merekod dan menulis perkembangan setiap murid.
 
"Sekiranya ianya dilakukan dengan penuh tanggungjawab, maka ia adalah satu produk PASTI (Pra-Sekolah) yang terbaik di Malaysia," ujar Syakiroh ketika sesi perbentangan itu. 
 
Turut hadir Pengerusi PASTI Lumut, Abdul Basir Muhammad yang menyifatkan PASTI semakin maju apabila melaksanakan rekod prestasi tersebut.
 
Kerana menurutnya, pentaksiran ini telahpun diperkenalkan dan diaplikasikan di dalam sistem pendidikan arus perdana dari aspek kemenjadian murid. - HARAKAHDAILY 13/5/2019