25
Sat, May
26 Artikel Baru

PAS Petra Jaya terus tradisi setiap Ramadan

Berita
Typography
PETRA JAYA: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Petra Jaya bersama Muslimat PAS Petra Jaya telah menganjurkan program Semarak Kasih Ramadan, kelmarin.
 
Program yang telah mengedarkan 400 bungkus bubur lambuk itu bermula dengan gotong-royong memasak sejak awal pagi bersama penduduk sebelum ianya diedarkan di Kampung Gita Sungai Maong, di sini.
 
Selain bubur lambuk, turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Team Musmedik, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan penyampaian sumbangan Sekampit Beras Untuk Saudaraku.
 
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Petra Jaya, Hussin Abdullah berkata, program tahunan tersebut dijayakan semua pihak atas semangat Ramadan untuk menyemarakkan sedekah.
 
Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang pula memimpin ziarah dan mengedarkan buah tamar kepada pesakit-pesakit di Hospital Umum Sarawak sebagai antara salah satu usaha kebajikan dari pihaknya. - HARAKAHDAILY 14/5/2019