25
Sat, May
26 Artikel Baru

1.2 juta tonton ‘Sesungguhnya 2019’

Kumpulan Raihan dan Alif Satar.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Lagu ‘Sesungguhnya 2019’ nyanyian kumpulan Raihan bersama Alif Satar menjadi ‘trending’ di laman Youtube apabila mendapat sambutan hangat selepas dimuat turun.

Lebih 1.2 juta penonton mengikuti lagu berkenaan dalam tempoh dua hari sejak ia dimuat turun di laman sosial pada 10 Mei lalu.

Ketua Kumpulan Raihan Che Amran Idris berkata, perkara itu tidak diduga sehingga mendapat sambutan luar biasa.

Katanya, kolaborasi dengan Alif sekadar memenuhi hasratnya yang menjadikan Kumpulan Raihan sebagai idolanya.

“Kami akhirnya bersetuju membuat rakaman semula bagi memenuhi cadangan yang baik itu.

“Mungkin kerana kebetulan bulan Ramadan, lirik dan lagu itu bersesuaian untuk didengar kerana mampu mendidik jiwa hamba manusia,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Lagu dan lirik lagu Sesungguhnya diciptakan bekas anggota Raihan Nazry Johani mula diterbitkan pada 1997, menerusi album Puji Pujian. - HARAKAHDAILY 16/5/2019