17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Muslimat PAS Tambun hargai warga pendidik

Berita
Typography
TAMBUN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah meraikan Sambutan Hari Guru melalui edaran kad ucapan Selamat Hari Guru ke sekolah-sekolah sekitar Tambun, di sini semalam. 
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusoff memimpin rombongan ke sekolah-sekolah dikunjungi dalam usaha menjayakan program edaran kad Hari Guru pada hari ini. 
 
Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Tambun, Ustazah Zaidah Mohd Radzi berkata bahawa edaran kad sempena Hari Guru ini merupakan aktiviti tahunan daripada pihaknya bagi meraikan pendidik di sekitar Tambun. 
 
"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi merupakan tema yang seharusnya menjadi inspirasi buat para pendidik dalam meneruskan perjuangan mereka yang murni ini untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa."
 
Tambahnya yang juga merupakan seorang guru, Hari Guru wajar disambut bagi menghargai jasa guru dalam usaha mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang thaqafi dan muaddib
 
Program ini merupakan kerjasama Muslimat PAS Cawangan-cawangan dan Muslimat PAS Tambun bagi membuat edaran kad Hari Guru kepada institusi persekolahan di cawangan masing-masing. - HARAKAHDAILY 17/5/2019
IMG 20190517 WA0017
 
IMG 20190517 WA0016