26
Mon, Aug
27 Artikel Baru

Sekatan: PTPTN jangan dera pelajar

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menimbang semula cadangan untuk menyekat perjalanan ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang PTPTN.

Presiden PKPIM, Muhamad Nur Iman Abdul Khudus berkata, pihak pengurusan PTPTN sewajarnya lebih rasional dalam menetapkan sebarang cadangan tanpa menindas dan menekan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dalam usaha memastikan peminjam melunaskan semula hutang PTPTN.

“PKPIM juga ingin menggesa janji 5 buku Harapan yang menyatakan iltizam Pakatan Harapan untuk meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dilaksanakan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini juga, katanya termasuklah langkah memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

“PKPIM mengharapkan agar segala solusi dan cadangan yang dikemukakan PTPTN bagi menyelesaikan kemelut ini dilakukan dengan berhemah serta tidak mendera para graduan bagi memastikan kebajikan generasi muda terjamin,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 17/5/2019