25
Sat, May
26 Artikel Baru

Cari formula menang dalam amalan Ramadan

Berita
Typography
TELUK INTAN: Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menghadiri jemputan Majlis Iftar Mahabah anjuran Wanita Umno Bahagian Teluk Intan di Dewan Komuniti Kampung Selabak, di sini kelmarin.
 
Ketua Wanita Umno Teluk Intan, Dato' Zainun Ahmad dalam ucapannya melahir rasa terharu menerima dua keadaan berbeza Ramadan dilalui beliau dan pihaknya dalam dua tahun ini.
 
"Ramadan tahun lepas, kita menangis kerana menerima kekalahan dalam PRU14. Namun, Ramadan tahun ini kita rasa gembira kerana Allah beri kekuatan dengan terjalinnya hubungan bersama PAS," ujar beliau.
 
Ketua Muslimat PAS Teluk Intan, Robi'atun Mohd Abas pula merungkai Ramadan dalam perspektif kemenangan perjuangan untuk menegakkan agama yang menuntut diisi dengan amal soleh.
 
"Ini sangat penting dan perlu dititik beratkan kerana Allah hanya akan beri kemenangan dalam perjuangan menegakkan agama-Nya di tangan pemimpin beriman dan bertakwa," ujar beliau.
 
Hadir sama pada majlis itu adalah Adun Changkat Jong, Muhd Azhar Jamaludin yang memaklumkan kedua pihak akan menggiatkan usaha penerangan bersama selepas hari raya nanti.
 
Majlis tersebut turut diisi dengan bacaan tahlil serta solat Maghrib berjemaah. - HARAKAHDAILY 17/5/2019