25
Sat, May
26 Artikel Baru

Hari Guru: Warga pendidik dirai PAS Teluk Intan

Berita
Typography
TELUK INTAN: Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan program Jejak Kasih sempena Hari Guru yang disambut semalam.
 
Ia dilaksanakan secara lawatan dan sumbangan cenderahati ke institusi-institusi pendidikan yang berada sekitar Teluk Intan.
 
Antara dikunjungi adalah PASTI, SRITI dan tahfiz termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil iaitu Chong Min dam Sitambaran Pillay, di sini.
 
Delegasi turut berkunjung ke Sekolah Rendah Agama Rakyat KAFA bersama Penyelaras Dun Changkat Jong, Azhar Rafie di sekitar Dun tersebut.
 
Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Teluk Intan, Mahyuddin Yusof, program tersebut bertujuan menzahirkan penghargaan kepada warga pendidik.
 
Turut serta adalah Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Rostam Malik serta Ketua Muslimat PAS Teluk Intan, Robi'atun Mohd Abas. - HARAKAHDAILY 17/5/2019
IMG 20190517 WA0042