18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Pemuda PAS Kepala Batas perkemas urus tadbir usrah

Berita
Typography

KEPALA BATAS: Akademi Tarbiyah (AKTAR) Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas telah menganjurkan Qiamullail dan Pelancaran Hari Usrah di Bertam Indah, di sini kelmarin.

Program dipimpin Pengarah AKTAR Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Azzam Abdullah ini telah dihadiri Pemuda PAS Cawangan-cawangan dalam Kepala Batas.

Ianya diadakan bertujuan untuk mendekatkan para Pemuda dengan aktiviti usrah ke arah meningkatkan lagi kekuatan jamaah menerusi pemerkasaan potensi diri anggota.

Pengisian utama telah disampaikan Timbalan Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Sharbini Husain yang menekankan teras utama Islam iaitu akidah, akhlak dan syariah.

Beliau juga menyeru agar Pemuda beramal di fasa akhir Ramadan, serta tidak ketinggalan melibatkan diri dalam program tarbiyah bagi mencapai wehdatul fikr dan wehdatul amal.

Pada majlis sama beliau telah menyerahkan watikah pelantikan Naqib dan Naib Naqib kepada enam penerima mewakili tiga Dun dalam Parlimen Kepala Batas.

Pihak AKTAR juga mengemukakan buku Manhaj Usrah PAS terbitan Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat bagi kegunaan usrah yang wajib dipakai di semua peringkat. - HARAKAHDAILY 2/6/2019