20
Thu, Jun
49 Artikel Baru

PASRelief: RM50k bantuan Ramadan untuk Rohingya

Berita
Typography
PASRELIEF mengirimkan RM50,000 untuk membeli bekalan makanan kepada pelarian Muslim Rohingya di Arakan dan Bangladesh pada bulan Ramadan 2019.
 
Sebanyak RM30,000 diagihkan di beberapa buah kampung di Daerah Muangdaw dan Buthidaung, Arakan (Rakhine State) Myanmar. Ia dapat membekalkan makanan untuk berbuka puasa dan Aidil Fitri kepada kira-kira 600 keluarga yang masih tinggal di beberapa perkampungan di daerah tersebut.
 
Di beberapa kampung di Bhutidaung, pembungkusan dan agihan makanan terpaksa dibuat di waktu malam kerana 'spy' puak Rakhine telah membuat aduan kepada pihak junta Myanmar mengenai bantuan daripada luar yang diterima oleh Muslim Rohingya. Alhamdulillah, agihan telah berjaya dilaksanakan.
 
Di Bangladesh, PASRelief mengirim RM20,000 untuk pembelian makanan kepada pelarian di Kem Kutupalong dan Balukhali. Sebanyak 400 keluarga mendapat manfaat daripada pakej bantuan tersebut.
 
Kebanyakan mereka tidak memiliki sumber pendapatan untuk membeli makanan yang terpaksa dicatu sejak beberapa tahun lalu. PASRelief sentiasa mengirimkan sumbangan untuk meringankan bebanan mereka sejak tahun 2017.
 
Di kem-kem pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh, PASRelief memberi fokus kepada sekolah-sekolah yang didirikan dalam kem untuk memastikan anak-anak pelarian mendapat pendidikan asas akademik dan agama.
 
Sejak tahun 2017, sumbangan yang telah  disalurkan oleh PASRelief ke Bangladesh dan Arakan berjumlah kira-kira RM3.5 juta hasil sumbangan orang ramai untuk membantu lebih 1.3 juta pelarian di kem-kem pelarian di Bangladesh dan Internal Displacement People (IDP) Camp di Arakan (Rakhine State).
 
Bantuan makanan ini adalah sumbangan orang ramai melalui akaun di Maybank - Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (5640 7061 1352) dan PASRelief (5640 7061 2333). Sumbangan orang ramai sentiasa dialu-alukan untuk membantu pelarian Muslim Rohingya mendapatkan bekalan makanan. 
 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah 
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) - HARAKAHDAILY 2/6/2019
61602111 2235868003156136 7082931555399630848 n
 
61689861 2235867696489500 1604755809357529088 n
 
62079469 2235868243156112 4226713586992414720 n
 
61693151 2235867589822844 3672603956166524928 n