19
Wed, Jun
31 Artikel Baru

Pelajar terbaik Uni Rutgers menantu Adun Salor

Nurul Jannah dan suami.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang di University Rutgers New Jersey Nurul Jannah Zamber, 23 merupakan menantu Adun Salor, Saiful Adli Abu Bakar.

Nurul Jannah merupakan isteri kepada anak Saiful Adli yang kedua, iaitu Suhail Azmi, 23.

Tiga hari lalu Nurul Jannah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobat sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan.

Mereka berkahwin ketika berusia 19 tahun, namun sentiasa cemerlang dalam pelajaran.

Anak kelahiran Johor itu menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada universiti tersebut di atas pencapaiannya mendapat CGPA 3.95.

Nurul Jannah mencapai Cum Laude atau The Highest Honors, manakala Suhail Azmi pula belajar dalam bidang Sains Komputer juga di universiti sama.

Saiful Adli ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kejayaan menantunya itu.

“Harapan saya kepada anak dan menantu supaya terus belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Apapun jadikan al Quran di dada sebagai lepasan pelajar tahfiz Ulul Albab sebagai asas yang lebih kukuh,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/6/2019