18
Wed, Sep
31 Artikel Baru

Peralihan PM tidak beri banyak makna

Berita
Typography

TANAH MERAH: Peralihan kuasa kepada bakal Perdana Menteri (PM) kelapan pada tahun hadapan dijangka tidak memberi banyak makna kepada rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sehingga sekarang rakyat masih berharap kepada kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Sebaliknya kata beliau kemungkinan berlaku pertembungan antara Dr Mahathir dan bakal perdana menteri yang tidak memberikan kebaikan kepada rakyat.

“Malah rakyat akan terus menderita dengan bebanan kos hidup seperti yang berlaku sekarang," katanya ketika ditemui selepas program tadarus Markas Tarbiah Tanah Merah di sini kelmarin. (Foto atas)

Turut hadir Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden; Pengarah Pilihan Raya Nurul Islam Mohamed Yusoff; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Arif Abdullah.

Kelihatan hadir Adun Bukit Panau Dato' Abdul Fattah Mahmood dan anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Ir Khairil Nizam juga berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini dianggap tidak meriah kerana wujud ancaman terhadap Melayu dan Islam.

“Nasib orang Melayu dan Islam pada era Pakatan Harapan (PH) sekarang terancam apabila ada pihak cuba mengusik hak istimewa bumiputera,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/6/2019