18
Wed, Sep
34 Artikel Baru

PAS PP ziarah keluarga mendiang Kumarasen

Berita
Typography
BATU KAWAN: PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan ziarah kepada keluarga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), mendiang Kumarasen Perumal di Bukit Tengah, di sini semalam.
 
Kunjungan tersebut sebagai menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga tersebut setelah mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu lalu ketika umat Islam meraikan Aidil Fitri.
 
Lawatan pimpinan PAS Pulau Pinang tersebut diketuai Timbalan Pesuruhjaya, Norazman Ishak dan Ketua Ulamak, Ustaz Ahmad Tajuddin Abu Bakar serta mantan calon PAS Dun Bukit Tambun, Kumaranvelu Arumugam.
 
Mendiang Kumarasen semasa hayatnya aktif bersama DHPP dan turut giat membantu kempen calon PAS Parlimen Batu Kawan, Jay Kumar Balakrishnan bertanding pada PRU14 yang lalu.
 
Sempena kehadiran di kediaman mendiang itu, pihak PAS Pulau Pinang turut menghulurkan sumbangan kepada ibu mendiang dan berharap keluarga tersebut mendapat sokongan moral atas kunjungan. - HARAKAHDAILY 8/6/2019