20
Thu, Jun
49 Artikel Baru

Perkembangan sekarang di luar jangkaan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kehadiran pemimpin utama Umno pada rumah terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri membuka lembaran baharu sejarah politik negara.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, perkembangan itu di luar jangkaan sesiapa.

“Kita bersyukur kerana siri pertemuan antara kita di beberapa peringkat ada kesamaan pemikiran.

“Kini kita sedang dalam menggubal piagam bersama untuk kerjasama yang lebih erat,” ujarnya ketika berucap pada majlis itu di Putik hari ini.

Bagaimanapun menurutnya Umno pusat dan negeri sedar di hadapan menunggu cabaran yang amat besar ketika usaha menjaga negara dan kepentingan Islam dipertingkatkan.

Pada majlis itu beliau turut mengucap terima kasih di atas undangan menghadiri program muhibah yang cukup mengharukan itu. - HARAKAHDAILY 13/6/2019