20
Thu, Jun
50 Artikel Baru

Tidak bersalah sehingga dibukti bersalah

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Seseorang tidak patut dihukum selagi beliau tidak didapati bersalah terlibat dengan mana-mana dakwaan dan tuduhan.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, orang ramai sepatutnya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, PAS berpegang dengan prinsip tidak akan membuat sebarang andaian sehinggalah seseorang itu benar-benar dibuktikan bersalah.

"Ini prinsip PAS sejak dulu. Kita tak mengira siapa misalnya dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri dulu, kita mengambil prinsip yang sama termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Kita tak boleh 'hukum' mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan," katanya kepada pemberita berhubung isu sebaran klip video mirip seorang menteri. – HARAKAHDAILY 13/6/2019