19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Anjuran solat ghaib buat Setiausaha DUPP

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melahirkan kesedihan atas pemergian Setiausaha DUPP, Almarhum Ustaz Wan Ahmad Rasyidi yang dijemput ke rahmatullah pada 8 Syawal 1440/12 Jun 2019, Rabu di Madinah.

Menurut Ketua DUPP, Ustaz Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed, almarhum merupakan seorang yang komited dalam membantu kerja-kerja jemaah khususnya di peringkat DUPP sejak pulang setelah tamat pengajian daripada Universiti al-Azhar, Mesir.

Justeru, DUPP menyeru seluruh Dewan Ulamak PAS Negeri/ Wilayah, Urusan Ulamak Kawasan-kawasan untuk menganjurkan solat jenazah ghaib ke atas almarhum sebagai tanggungjawab sesama pejuang Islam dan juga tanda penghormatan atas jasa besar beliau.

Katanya, penganjuran solat ghaib itu digalakkan pada waktu boleh dihimpunkan ahli yang ramai khasnya selepas solat Jumaat.

DUPP mendoakan agar almarhum telahpun meraih kelebihan meninggal dunia di Madinah sebagaimana hadith daripada Ibnu Umar Radiallahu 'Anhuma yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَن أستطاع مِنكُمْ أنْ يَمُوت بالمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بها فَإِنَّي أشفع لمَن يمَوت بها

Maksudnya: Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka [berusahalah untuk] mati [di situ]. Sesungguhnya, aku akan memberi syafaat bagi sesiapa yang mati di Madinah". (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah)HARAKAHDAILY 14/6/2019