23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Empat MB, tujuh bekas MB hadir muktamar

Berita
Typography

KUANTAN: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang, ceria dibanjiri kehijauan apabila para perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 65 mula membanjiri pekarangannya seawal jam 7.30 pagi, sementara para tetamu jemputan mula mengambil tempat masing-masing kira-kira jam 8.30 pagi.

Para pemerhati tidak ketinggalan mengambil tempat di ruang atas stadium untuk bersama-sama mengikuti majlis perasmian selain mengambil peluang mendengar mutiara berharga ucapan dasar presiden kali ini.

Pembarisan Jabatan Amal Malaysia segak bergaya berpakaian rasmi, siap siaga, tampan menanti ketibaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awa g bersama kepimpinan utama PAS Pusat bersedia seawal 7.00 pagi di pintu masuk stadium di mana Tuan Guru bersama rombongan masuk ke dewan muktamar kira-kira jam 9.00 pagi sebelumnya beliau diberi penghormatan pemeriksaan dan tabik hormat Jabatan Amal Malaysia.

Lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS bergema menaikkan lagi semangat hadirin yang sejak awal lagi memenuhi ruang Stadium Tertutup SUKPA.

Suasana ceria yang bukan sahaja diwarnai dengan kehijauan namun keunikan kehadiran tetamu jemputan menjadikan ia penuh warna warni dan secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada kemeriahan majlis berkenaan.

Antara tetamu jemputan hadir kali ini termasuklah menteri-menteri besar (MB) dari perpaduan ummah iaitu Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Terangganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.

Bekas Menteri Besar yang hadir selain Tuan Guru Abdul Hadi (Terengganu) ialah Dato’ Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (Kedah), Dato’ Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Selangor).. 

Selain itu delegasi Pergerakan Umno Malaysia yang diketua oleh Pemangku Presidennya, Dato' Seri Mohamad Hassan turut hadir menambahkan keceriaan majlis berprestij ini.

Majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 65 ini juga dihadiri deligasi luar negara seperti Amerika, Indonesia, Palestin dan lain-lain, di samping pemimpin Gagasan Sejahtera, Parti Sahabat, Presiden MIC bersama rombongannya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Assabiqun serta lain-lain lagi.

Majlis perasmian kali ini dikendalikan oleh Pengerusi Tetap PAS Pusat, Husin Ismail. – HARAKAHDAILY 21/6/2019

samping Dato’ Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Dato’ Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Selangor).