21
Mon, Oct
11 Artikel Baru

PAS Pahang sedia tanding 30 Dun, 10 parlimen

Berita
Typography

PAS Pahang sedia untuk bertanding 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 10 kerusi parlimen pada Pilihan raya Umum ke-14 akan datang.

Berucap merasmikan Konvensyen PAS Pahang di Kuantan hari ini, Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, sasaran ini bagi bagi membolehkan PAS menerajui negeri selepas PRU akan datang.

Konvensyen PAS Pahang melibatkan kira-kira 700 jentera pilihan raya segenap peringkat berlangsung di Era Gemilang Event Village bermula pagi ini dengan tema 'PAS Teraju Pahang'.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu  dalam pembentangannya    berkata kerajaan negeri dalam keadaan tenat pada masa ini khususnya dari sudut kewangan, justeru negeri itu perlu diselamatkan.

"Tidak banyak hasil yang dapat dijana antaranya kegagalan memungut hasil balak, pasir, cukai tanah air dan lain-lain.

"Begitu juga kelemahan pentadbiran menyebabkan beberapa GLC kerajaan negeri yang rugi sehingga ada tanah-tanah rizab Melayu banyak yang sudah terlepas ke tangan asing.

"Pada masa ini keluasan negeri Pahang tidak dimanfaatkan sehingga satu juta hektar  tanah terbiar gagal dimajukan, tidak efektif bagi membantu ekonomi negeri," katanya.

Andansura yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, paling menakutkan iaitu hutang kerajaan negeri pada masa ini menjangkau RM3.2 bilion.

Beliau selanjutnya menyebut, kerajaan yang ada juga gagal memanfaatkan kekayaan produk pelancongan sebagai sumber hasil. - HARAKAHDAILY 23/4/2017

phg1