23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Kalau 'gentleman', minta maaf secara terbuka

Berita
Typography
KUANTAN: Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin mendesak mana-mana individu ataupun pihak yang sebelum ini menuduh PAS menerima wang hasil daripada 1MDB, meminta maaf secara terbuka mahupun secara privasi sekiraya mereka anak jantan.
 
Ia berikutan pendedahan 41 senarai nama penerima wang 1MDB oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya di mana membuktikan tiada satu pun yang tersebut terdiri daripada pimpinan PAS atau individu berkaitan dengan PAS.
 
"Jadi, kita ucapkan Alhamdulillah, sebab SPRM baru telah memberitahu benda yang sama seperti yang sebelum ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana daripada 1MDB.
 
"Jadi kami memohon kepada mana-mana individu termasuk menteri-menteri sekarang yang sebelum ini memfitnah PAS, supaya mereka meminta maaf secara terbuka kepada PAS," ujarnya.
 
Tambah beliau, dengan teknologi kecanggihan sedia ada, bukti-bukti tuduhan masih lagi boleh disaksikan melalui platform media sosial ataupun YouTube dan sebagainya.
 
"Terpulang untuk meinta maaf secara terbuka melalui kenyataan atau rakaman. Kalau 'gentleman' silakan. Kalau menghormati rakyat, silakan. Sebab inilah perkara yang seringkali dimomokkan kepada PAS, sebelum PRU 14, hingga menyebabkan rata-rata rakyat agak terpecaya kepada dakwaaan dan fitnah tersebut," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), di sini, hari ini. - HARAKAHDAILY 22/6/2019